Thursday, 18 May 2017

~Aku, Mekanik dan Immobilizer~

assalamualaikum
gila lama tak update blog ni 
aku intern kat Petronas Chemical Ethylene, Kerteh, 
so mcm busy skit la kat sini 
maklumla bakal injeniur kate ko
hahahaha
aminnn

okeh cerita hari ni 
aku di datangi ujian yang mendatangkan minda lagi 
dah lama tak diduga oleh Allah
jadi hari ni sampai masa dia 

kitorang kat PCE ni ade 3 orang, aku, hairi ngn lukmang, 
kami sepakat pegi keje tiap hari pakai kete aku 
satu pagi ni, 
aku nak pegi keje ni, 
masuk kunci, pulas, enjin takleh start,
aku cuba beberapa kali, sampai aku putus asa, aku penat
aku cek minyak ade, 
aku cek battery, bukak lampu, masih terang, 
battery bukan masalah, 

sebab masuk keje pkul 8 pagi, aku pun akur utk naik kete kawan aku pagi tu 
kat tempat keje, naluri seorang lelaki, runsing bila ade masalah kat kete,
aku google sana sini 
tengok symptom2 yang berkenaan dengan kete aku 
tanya technician, tanya enjineer, 
sebulat suara cakap pasai starter/actuator kereta tu,
tapi ikut Cikgu Google, dia ckp try je jumpstart dlu 

jadi balik keje aku terus try hidupkan cara manual
3 orang manpower tolong tolak kete dari belakang
tapi tak dapat start jugak 
aku tunggu bantuan kete orang lain, 
pastu jumpstart, 
pun tak menjadi 
kawan aku syorkan sorang mekanik ni, duk berdekatan je dgn perumahan kitorang
kat kerteh, nama dia Abang Li (ni no tepon dia tau, 012 909 5274)
aku call abang li, tak dapat 

malam tu aku dah fikir dah berapa aku kena kalau esok nak kena tow kereta and baiki actuator tu 
actuator aku google dalam rm 200 la 
tow kete mungkin lagi rm 100
duit aku ade cukup makan je dalam bank ni 
orang bujang laki kalau cakap takde duit tu percaya la, memang takde duit 
aku takde cara lain dah 
aku call abah 
aku cerita semua apa berlaku kat abah 
pastu abah tenang je tanya, "ade duit tak? "
serba salah aku nak jawab
nak cakap ade duit, macam tipu diri sendiri
aku memang takde duit ni 
jadi aku pun mngaku jela aku takde duit 
pastu ayah aku tanya, apa yang rosak, berapa anggaran, aku cakap la dalam 300 (sekali duit tow kereta ) , dengan tenang dia mengiyakan, nanti abah masukan duit 
aku cakap terima kasih 

tak lama lepas tu, ayah aku call,
dia cakap dia dah masukkan duit 
aku pun terus cek account bila dah letak fon, 
ayah aku masukkan Rm1000 banyak sangat dari apa yang aku anggarkan 
aku call balik ayah aku, aku cakap nnti dah baiki aku pulangkan semula bakinya, 

ke esokan harinya, aku memang target masuk keje halfday je harini 
aku nak setelkan kete aku ni dulu, 
awal aku bangun harini,
aku call abang li, 
dia angkat, dia cakap dia akan datang lagi 30 min
so aku pun tunggu dengan tenang
tunggu tunggu dah sejam berlalu,
aku call semula , dia cakap dia dah nak sampai, 
tiba2 muncul kereta myvi warna putih depan kete aku 
abang li rupanya
dia terus bertanya apa yang berlaku
dia minta aku buka bonet kereta (depan)
dia cek dekat starter, dia cakap starter selalu sangkut
tolak tolak starter, dia suruh aku start kereta, tak boleh jugak 
pastu dia cek pulak dekat electronic box tu, 
macam2 dia tarik, tukar sana sini, still tak menjadi

last2 kami pun cuba untuk hidupkan kereta cara manual, 
tolak dari belakang, tapi still tak hidup jugak, 
pastu dia cek pulak kat bawah stereng, dia cabut tu ini, 
last2 dia tanya aku soalan tricky skit 
kunci kereta ni ade spare tak?
aku terus boooooommmmmmmmm

kenapa dia tanya pasai kunci?
ade kaitan ke? 
pastu aku teringat apa yang berlaku malam sebelum kereta ni takleh start 

FLASHBACKKKKKKKKKKKK

remote kereta ni aku baru tukar batery, tapi kejap2 dia boleh bukak kereta, kejap tak,
aku runsing, jadi aku pun buka la kunci ni, dengan harapan dapat baiki sesuatu,

bila aku bukak, aku pun perasan yang plat dia tu mcm tak ketat, so battery mcm tak sambung dgn litar tu la, 
jadi aku pun try ketatkan balik sampai aku puas hati, 
pastu bila pasang balik skru untuk tutup case dia, 
ade mcm sesuatu yang menghalang dari dia tutup kemas,
tengok balik ade satu bende kecik warna hitam, plastik, dia mcm case kunci yang tercabut 
so dengan selamba nya aku campak 
sampah ni (kataku dalam hati)
maka kunci tu boleh tutup dengan kemas dan bila ditekan, kunci kereta boleh unlock/lock dengan suka hati

jadi aku pun cerita la apa bende yang berlaku kat abang li, 
dia tergelak, dia cakap biasa la tu ramai yang tak perasan tu adalah sensor atau nama saintifik dia immobilizer,
tanpa immobilizer ni, kereta takkan boleh berfungsi pun, tak boleh hidup langsung, function dia untuk mengelakkan kereta anda dicuri sebenarnya, jadi orang tak boleh hidupkan kereta anda tanpa kunci yang sebenar 

then abang li pun tolong aku cari bende alah tu kat depan rumah, sebab aku tak ingat sebenarnya kat mana aku campak bende alah tu,
cari2 memang 50/50 la chance nak ade tu 
then aku tanya dia kat sini kat mana boleh buat bende alah ni 
dia cakap kat Proton Centre kat belakang Petronas baru boleh buat,
tapi kena harga beratus2 
aku tak peduli dah lantak je asalkan kete boleh gerak balik
Abg li terus mintak diri dengan menolak sebarang bayaran, katanya dia tak baiki apa2 pun, 

aku pun terus menuju ke Proton Centre and cerita masalah aku
reaksi dia pun sana, dia tergelak je 
dia cakap dah ramai orang kene macam ni sebenarnya,
dia cakap bende tu ade jual, dan murah je, Rm 30
aku pun lega,
tapi upah nak set tu yang mahal sangat, campur ngn upah jadi Rm 150 
fuh kau 
tapi lantak la dari kena 700 ke berapa2 ke 
so aku pun set dengan dia pkul 4 petang nnti aku jumpa dia
then, sebelum beredar tu, aku tanya, berapa lama boleh buat? 
dia cakap dia boleh buat dalam 3 minit je ,
aku macam ermmmm
kalau boleh buat kejap asal cas aku mahal2 pelik pulak 

aku pun balik ke rumah dengan harapan boleh jumpa bende alah tu, takde la melayang duit aku harini,
jadi sampai rumah aku pun cari2 lagi sekitar tempat parking, 
pastu bila aku penat, aku masuk dalam rumah, and aku landing atas sofa,
aku tengok je karpet kat situ, 
banyak gila sampah, 
tiba2 tuppppp, aku jumpa sensor tu,
allahu, alhamdulillah, aku menjerit kooo
terus aku pasang semula kat dalam remote kereta tu, and dengan cermat pegi ke kete, takut gopoh kang kes lain pulak jadi,
tanpa sebarang kejadian aneh, kereta boleh start macam biasa, fuhhhh
nikmat dunia, bila kau dapat dengar bunyi enjin kau hidup semula, macam dengar bunyi nadi gf kau yang dah mati, 

aku terus call ayah aku, kasitau bende ni dah setel,
cepat2 aku pergi ke tempat keje aku.

jadi berdasarkan cerita ni, ade beberapa pengajaran tersurat dan tersirat yang aku nak sampaikan actually: 

1. bila buka remote kete, jangan buang satu bende pun, walaupun ia kelihatan macam sampah 
2. ko boleh buat andaian, or tanya google untuk selesaikan masalah, tapi tanyalah orang yang lebih pakar, sebab pengalaman dia lagi bermakna dari apa yang ko baca 
3. orang yang akan tolong ko bila dalam kesusahan walau apa pun terjadi ialah parents kita sendiri, jadi hargailah ibu bapa korang selagi mereka masih ada, orang lain tak kisah la gf ko ke, kawan ko ke, semua duk melangot je takde dipedulikannya.
4.  setiap ujian yang datang itu, pasti ada jalan penyelesaiannya, Allah hanya sekadar menguji kita
5. setiap yang kecil itu adakalanya boleh memberi makna yang sangat besar, jangan dipandang sebelah mata kepada perkara yang kecil, kerana tanpa dia yang kecil, maka datanglah malapetaka yang besar. ada paham?

~LESSON OF THE DAY: Allah tunjukkan kepada aku hari ini, walaupun tanpa sebarang sen aku keluarkan untuk baiki semula kereta aku ni, aku dah nampak siapa yang akan bantu aku tika aku susah, parents aku sendiri, jadi hargai lah parents masing2 , walaupun depa jarang amek tahu pasai korang, tapi dia sayang korang sebenarnya. 



Wednesday, 11 January 2017

~Road Trip ke Utagha bersama Pakra & Mak beliau~

assalamualaikum guys,
okay dah lama berabuk sangat blog ni, 
dekat setengah taun tak menaip,
macam biasa la kalini nak share trip aku baru2 ni di tahun baru,
walaupun Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak
sebanyak 20 sen, yang menjadikan harga minyak RON 95 sekarang 
RM 2.10 / liter
banyak tu woi
tapi tak tahan dah weh
pasni aku duk Kerteh untuk intern,
ni je la saki baki masa yang ade untuk berjalan ke Utagha, 
sebelum jadi orang pantai timur pulak hehe
okay so idea ni actually kami dah pikir lama dah
tapi tak penah execute pun 
so tetiba tengah otw nak pegi makan masa tu pukul 10 malam
aku terlepas cakap pulak 
kan best kalau kita pegi amek gamba kat perlis pagi esok, pastu kita singgah ah penang
boommm
dia terus cakap
jom patah balik amek baju
hahahahahahahaa
maka dalam masa 1 jam 30 minit
kami buat persediaan rapi yang ringkas
camera check
kete check
baju check
setel, pkul 11.30 kitorang gerak 
tapi berenti dulu makan jap, perut asyik krooh krooh je dari tadi
okay setel makan kol 12.00 am
we start our journey
co-driver memang terbaik, banyak sembang kasi mata aku tak ngantuk
pastu first stop isi minyak kat RnR Sungai Perak, masa tu dah pukul 2 kot
pastu sambung balik, drive dalam keadaan cruise je
tak rushing, lek lek je
pastu dalam pkul 4 aku dah ngantuk sangat,
masa tu pegi berenti kat RnR Gurun
tidur dalam kete, nasib aku dah bawak bantal 2 bijik
pastu aku mmg takleh tido sgt tak tau pasal apa
tido tido ayam orang kata,
pkul 6.00 dia ngn mak dia dah pegi mandi n solat subuh
aku extend skit kol 6.30, pasai ngantuk gila
dah setel tu, sharp pukul 7 kitorang gerak semula menuju ke Padang Besar
dalam pukul 8.10 lebih kurang, dah sampai ke jalan yang epik
memang lawa untuk buat amek gamba,
jalan ni kat lepas dari unimap, otw ke padang besar
kat kiri kanan ade ladang tebu
so ni la antara scenery yang aku amek,
korang enjoy dulu gamba ni okay 









pastu kami teruskan lagi perjalanan ke Padang Besar,
sampai dalam pkul 9.30 pasai lebih kurang sejam jugak kami duk amek gamba
lawa kateko
bila lagi nak mai kan
ha sampai2 kami pun duk cari la tempat orang shoping tu 
sekali rupenye tutup pasai esok budak2 nak sekolah dah
so maybe depa duk beli baju sekolah apa semua la kot
kami pun sarapan la dulu kat sini 


lepas sarapan, aku mintak co driver tak over the wheel
coz aku ngantuk nak mati boleh accident kalau drive
so dia pun drive la sampai ke Alor Setar
dalam pkul 12 gitu sampai dah
cam biasa la amek gamba kat dia punya menara dulu
betul2 kat depan Aman Sentral yang depa duk bangga kan tu hehe


lepaih tu kami pun ade idea bijak, pegi charge semua kelengkapan elektronik kami
kat Starbuck kat dalam tu
dah kat sana takkan charge saje, mau kena curah ngan kopi atas muka ye dok
so beli la secawan, ngn 2 dish 
lagi 2 orang duk minum air kosong je tapi pakai mug starbuck
tu pun dah rase bangga kembang abih lubang hidung ni hehehe


sambil2 tu kami pun pegi cari jap instax punya kodak,
then dalam pukul 1 gitu kami pun slow2 la chau memandangkan hari nak hujan
yang lawaknya kami memula cari surau kat situ
tanya la sorang pakgad ni
dia pun dengan yakin cakap la
kona kiri pastu hang teruih ja
kesudah tak jumpa, malaih nak cakap banyak, nek kete chau je ke penang
sampai penang dalam pukul 2 lebih, kami pun naik fery ke georgetown, 
kat butterworth tu sesak jangan cakap la, nak2 jalan depan terminal tu 
huih sakit hati drive situ
tapi alhamdulillah berkat kesabaran training dari memancing kat tasik UTP, 
sampai jugak la nek ferry




oh ye, gamba first dari instax ni tak menjadi,
dia keluar gamba macam corak kulit ikan kerapu
sejak bila muka kami berdua ni macam ikan kerapu pulak en haih



okay nek ferry ni tak sampai sejam rasenye
kejap je 
sampai kat sana kami terus cari surau or masjid
pasai blom solat lagi en 
so dah siap solat kat Masjid India ni 
kami pun terus ke padang kota lama,
nak cari Mee Sotong yang diagung agungkan oleh orang penang ni 
nak try skit sama tak tekak kita hehe
sampai je kat sini, hang pegi cari Esplanade 
kat sana tu penuh kedai makan tapi didominasi oleh 2 kedai je 
yang jual mee sotong n jual coconut shake ni 
beratur kemain lama gila nak beli mee sotong ni
memang ramai tapi lembab la 
kalau tak sedap memang aku sumpah seranah je
sempat jugak sambil beratur ni
banyak sindiket peminta sedekah
guna trik anak kecik nangis duk mintak air coconut shake
haih apa nak jadi ntah
so kami pun order la sepinggan sorang
so review aku, 
mee dia macam mee goreng mamak biasa je cuma dia extra skit rasa mamak tu
pastu kuah sotong dia agak padu kot 
tu yang menambah selera pengunjung2 kat sini
maaf la tak amek gamba, sempat bismillah pastu ngaappp
habih
harga pun berpatutan , RM 5 sepinggan, 
manakala air coconut shake tu RM 4 segelas,

happpy kid setelah dipenuhkan perut nya dan "saka" beliau telah diberi makan

then saje la jejalan skit kat situ tengok apa ada
tak lain ramai couple rempit lepak, n pakcik2 cina buat gathering




then balik tu kami ikut jambatan baru, 
jambatan Sultan Abdul Halim yang sangat2 panjang 
sangat best nya pasai jambatan ni memang cepat kalau kami nak balik ke arah ipoh,
macam shortcut pulak
tetiba masuk highway
terus gerak balik
berenti kat RnR Sungai Perak yg ke arah selatan pulak
makan jap, pastu kami teruskan perjalanan,
sampai kat rumah dalam pkul 11 malam
alhamdulillah segalanya lancar
esok pulak trip ke Sunway Lagoon pulak, so aku pun tido la terus pasai ngantuk na mati
so thats all for now 
hopefully korang dapat la mende yang bermanfaat dari coretan kali ini,
hingga bertemu lagi , babai 

~END OF TODAY: harga minyak Malaysia naik bukan penghalang untuk anda buat roadtrip yang menakjubkan~



Friday, 6 May 2016

~Bangkok Chobmaak~

assalamualaikum
ni saje la nak update skit pasai trip bp haritu ke Bangkok
trip kalini diketuai oleh Nissa dan di sertai oleh Aku, Ziq, Fawaz n Iman
so bermula dengan flight dari KLIA ke airport Dong Mueng
jam kat thailand ni lewat sejam, so sampai2 je kami ade baki sejam ahahahaha
okay so malas nak tulis sangat actually 
kome tgok je la gambar2 ni eh 
aku tak letak banyak gambar kat sini sebab malas haha
so enjoy.
btw kalau nak tengok video yg aku snap pakai Xiomi boleh tengok sini


ni teksi pertama kitorang naik 

dekat Hualamphong train station 

ini tuk tuk pertama kami naik huhu


di kedai tomyam first 

teramat padu tomyam dia 

pakcik hawker

ni jual pulut mangga diabetes



ni hotel backpacker kami tido 

sebelum naik train 

nissa communicate dgn orang kampung 


ni dekat temple first kami pegi



minum cha kat sini, mmg padu, harga pun murah 



temple ke 3 

brader pemandu kami , sgt frenly




ni scott garde, dari Miami

jalan ke chatucak


sangkaya kat sini sedap n murahh








ini bangkok dari golden mountain







train to hatyai



deborah henry from france 

so malas nak citer panjang, korang tengok je video tu,
setel . 

~END OF TODAY: the more you travel, the more you learn~