Thursday 14 April 2016

~COSI Research at Terengganu~

assalamualaikum
kisah ni lagi la lama 
aku baru nak update sini 
busy oi takde masa nak type 
so ni la aku tak ingat bulan 3 aku rase 
kami ke Paka untuk buat sesi temubual bersama kakitangan2 terlibat 
tentang impak syarikat minyak dan gas terhadap penduduk pantai timur
so kami tidur kat Homestay Orkid selama 3 hari 3 malam 
siang tu kami laki ditugaskan amek gambar kat kawasan2 paka ni
so ptg tu kami makan jap kat Teluk Kalung
pastu lepak2 sembang ngn waiter tu, dia kasitau ade rumah api kat blakang kedai ni 
dia suh kami naik kalau nak amek gambo smart2,
so tak fikir panjang apa lagi, 
kami naik je la huhu
so ni la antara view nya














okay pastu dah puas amik gamba walaupun gayat, 
kami turun pastu pegi KSB ( kemaman supply base )
kat sini pun amek skit gambo2 mana berkenaan dengan efek syarikat2 ni kat alam sekitar 




kemudian kami teruskan perjalanan pulang ke homestay 
tapi sebelum tu singgah jap beli lemang kat kedai cik ruby hewhew



okay esok nya pulak awal pagi lagi dah ke Kuala Terengganu
meeting kalini di buat di Duyung Marina Resort
resort yg sangat terkenal satu tika dahulu sebab jadi tempat untuk pertandingan Monsoon Cup
so kat sini meeting sampai la tengahari
pastu petang tu kami ke muzium KT 











okay ni bawah ni gambar muzium dari luar
sangat2 la besar sampai ko bleh sesat huhu
tapi malangnya apa yg kami cari tak jumpa
kitorang kena cari info sejarah minyak di Tganu
tapi part minyak kat muzium ni ditutup pulak
so kena pegi next time , fuhhh


lepastu dah alang2 kat KT ni 
kami teruskan ke Taman Tamadun Islam
saje la usha apa ada kan
pastu kami nek la cruise tu, walaupun agak mahal tiket dia
tapi okay la not bad , jalan pusing2 sungai, tengok masjid kristal huhu




masjid kristal 




orait kemudian kami pun buat perjalanan pulang 
dan2 lalu kawasan umah Nikmer
so kami pun singgah kejap jumpa dia 
rindu gila , lama tak jumpa nikmer kan 
pastu kami pun singgah kat kedai keropok lekor yg antara paling top kat sini
which is Keropok Lekor Kelulut 008
sangat paduuuuuu
kami borong banyak sebab ramai yg order

sampai kat homestay semula dalam pkul 11 malam
aku lepak ngn amir malam tu
rumah dia kan dekat2 sini je huhu
esok tu kami ade meeting di Qamar Paka, kemudian petang tu di Awana Kijal

tiba2 pagi tu aku dikejutkan dgn berita pemergian nenek aku ke rahmatullah 
alfatihah
mak , kakak, along call suruh aku balik 
aku pun fikir dulu sebelum balik 
ye la sebab nak tau dulu kat mana tmpat nak kebumi
so ptg tu aku tak balik lagi, 
ptg nya kami gerak ke Kuantan pulak
bermalam di Swiss Garden

orait, esoknya di swiss garden satu lagi meeting
dalam tengahari tu aku keluar pergi cari tiket balik ke ipoh
ade tiket malam pukul 11.30 pm 
so malam tu aku pun makan dulu dinner yg dah disediakan dan dibayar oleh utp
rm 90 satu kepala, sape takmau makan rugiiii
aku try macam2 , tiram stim dan sebagainya hahaha
orait dah siap makan, atiq hantar aku ke terminal and balik la aku ke ipoh
sampai di seri iskandar pukul 9 pagi 
along amek aku and kami gerak ke kampung
masa tu semua dah setel dah 
aku tgok diorang dah bleh senyum2 dah 
takde sedih2 dah .
lepak2 kat umah kat perak kejap , pastu petang tu aku bawak famili pegi jalan2 kat ipoh,
then lepas makan kat Kapitan, diorang hantar aku balik ke hostel.

so tu je la kalini ye
banyak ni aku type ni hahaha lenguh dah 
sehingga ketemu lagi . bye.

~END OF TODAY: dilemma antara keluarga atau kerja mula dirasai pada saat ini~



~OTC: Offshore Technology Conference Asia 2016~

assalamualaikum guys
okay saje la nak update skit kisah lama
haritu kami join pegi conference offshore ni 
saje la nak pegi tgok apa ade , maklumla dak2 utp kan
skit2 ngn offshore nye
so sampai kat KLCC ni dalam pkul 12 pm gitu 
mula dgn tgok opening caremony 
gempak gila habis, cuma tak best pasai ade Najib rasmi kan, phuii
main sponsor event ni adalah petronas
kat sini banyak la terdedah kat teknologi terbaharu offshore, 
yg kami tak tau jugak bende2 macam ni sbb kami bukan major oil n gas ni 
tapi layan je la usha2, kutip goodies bag and so on 
so tu je lah kot, malas nak type dah ni 
pastu kol 5 aku tgok citer Allegiant kat wayang suria ni tapi ttido pasai bosan gila lehnet 
okay tu je bos! 








~END OF TODAY: belajarlah kamu sampai ke negeri china~

Tuesday 5 April 2016

~Kenapa Orang Punya Makanan Lebih Sedap? ~

assalamualaikum w.b.t,
dah lama ioll tak update blog kan
has been too busy bermula dari pegi terengganu, then balik kg selepas berita nenek meninggal
pastu pergi penang utk team building 
and esok ade tournament rugby kat sini 
fuhh
pack of event 
tapi dalam pack tu, sempat juga mencari jawapan kepada  satu persoalan
yang biasa sgt berlaku dalam hidup kita ni
tanpa kita sedar
Kenapa Makanan Orang Lebih Sedap? 

yup
korang pernah terfikir tak kenapa makanan orang lebih sedap berbanding makanan sendiri? 
nasi lemak orang kasi sedap,
rokok orang pun best,
termasuklah awek orang pun nampak cantik n menggoda.
kenapa hak orang selalu nampak lebih menyeronokkan?

duk sambil2 dalam ofis ni aku pun tanya la kat beberapa rakan sekerja,
a.k.a abang2 Phd and akak2 RO kat sini demi mencari sebab kenapa kita ade perasaan mcm tu terhadap hak orang lain.
so these are some of the reason yang aku berjaya kumpulkan hasil temubual tersebut...

1. No Effort, eazy pizzy

macam biasa la kan, bila kita dapat sesuatu tanpa effort mestila kita rasa seronok, suka, sedap dan sebagainya. Sebab tak perlu bersusah payah pun, tak perlu keluar duit dan tenaga. hanya perlu mintak je. "Nak skit" . 

2. Tak Bersyukur 

bila kita asyik compare je hidup kita dgn orang lain, maka memang kita akan rasa yang hidup kita serba tak kena. apa yang ada kat kita serba tak cukup. kita asyik nampak yang orang lain lebih seronok. padahal sebenarnya biasa je. nampak awek orang lain cam lawa, happy, padahal lebih kurang je ngn awek kau sekarang ni . 

3. Pengisi Ruang (VACUUM)

okay reason ni nampak macam pelik skit.
tapi cuba la korang hadam skit kan, kenapa kita nampak awek orang ni cantik.
terutama sekali bila korang tengah gaduh, or baru single
sebab bende2 macam ni menghasilkan ruang, atau vacuum, dan macam yg kita tau, udara akan cuba utk memenuhi ruang tersebut. jadi ruang tersebut terus menjadikan perasaan dalam hati kita ni rasa terdesak, and semua hak orang nampak cantik masa ni
bila kita terlalu lapar, semua jenis makanan rasa sedap. make sense?



orait mungkin tu je kot yang aku dapat kumpulkan dan share utk harini
ade masa aku update pasai trip research kat Tranung n team building kat Penang tu ye
chaow rakan2 see ya soon

~END OF TODAY: what you have right now is always the best, it juz you need to be adapted to the situation~