Showing posts with label utp. Show all posts
Showing posts with label utp. Show all posts

Tuesday, 7 August 2018

To do list at Universiti Teknologi Petronas :)

Assalamualaikum and good afternoon,
yup, quite so long i didn't write for my own blog,
FYI, right now i'm in my final semester in UTP
and yeah, i'm counting down to leave UTP,
but then i realize, after this everything has become memories,
a very memorable one,
so before i leave utp, let me sit and think about what is the great thing about UTP, 
i mean, if you ever come to utp, what is your to do list, so yeah, this is my personal point of view, 
so jangan cakap banyak, let's read the list! 

(CAUTION: BAHASA ROJAK AKAN BERLELUASA DI BAWAH)


1. Fishing at Village 6 

if you guys come to utp from the main gate, the first Village that you will encounter is the Village 6. just take the first exit when you at the first roundabout. At block Propana and Duyung, you guys can fish everywhere, even though there is signboard you can't fish there. FISH AT YOUR OWN RISK. 

the species that have here at the UTP lake is those from freshwater fish, such as talapia, peacock bass, haruan, lampam, rohu, ketutu haaa. yang blom jumpa lagi, ikan keli, belut, arowana haaa.

 












2. Taking Photo at UTP's Library (UTP IRC)

when you come to utp, taking photo is a must. there is so much places that has very beautiful architecture around UTP such as around the academic block, chancellor hall, masjid, library and under-croft. But taking photo at UTP IRC is a MUST. memang rugi kalau datang UTP tak amik gambar kat dalam library or around luar pun. Tapi ingat eh, kalau nak masuk IRC, kena ikut rules dekat IRC. tak ikut rules korang memang kena cau eh, 








3. Lepak kat Oval Park

ha kalau nak tahu, oval park utp ni memang femes. orang sekitar Seri Iskandar ni selalu datang oval park nak joging or picnic dengan family. kat tengah2 oval park ni memang luas, selalu budak2 main Frisbee, kalau korang joging kat bulatan besar ovalpark, jaraka dia dalam 1.2 km la lebih kurang. kat sekitar ovalpark banyak tempat nak lepak. memang ade gazebo or bangku panjang untuk korang lepak2. ha yang penting datang sini jangan nak hisap rokok okeh. kekadang ade event kat Oval Park ni, so lagi syok datang picnic masa tu. 

ha tekan link ni korang tengok kat IG , lepak kat Oval Park UTP



4. Berkayak at Oval Park Lake

ha kayak ni aku tak sure sgt jadual dia macam mana, tapi yang pasti kalau ade event selalu ade kayak. sekali main dalam sejam la dia kasi, RM 5 tak silap. syok nya berkayak ni sebab ko boleh la sweet2 ngn awek ko ke member ke, naik kayak sesama kat UTP. selalu hari lain, kayak kat UTP ni digunakan oleh team kayak UTP. padu weh diorang! 




5. Feeding the fish at Masjid UTP.

ha datang kat utp, alang2 cuba pegi ke masjid utp, melihat keindahan masjid separa terapung kat utp. masjid ni selalu jadi tempat shoot pengantin, so korang boleh bayangkan keindahan masjid kan. architecture masjid ni memang memukau mata memandang. pastu cuba korang cari tempat feeding ikan. ha korang bayar singgit utk beli makanan ikan. banyak gila ikan2 kat sekitar tu kan. seronok gilaaa. 






6. Mandi kat Swimming Pool UTP waktu malam

ha ni satu lagi benda yang sangat memrbahaya untuk dibuat sebab korang boleh kena tangkap ngn pak guard. tapi memang seronok untuk di buat kat UTP. selalunya lepas main badminton, badan berlengas and berpeluh, swimming pool kat sebelah je, so apa lagi lompat la masuk. nak keluar kena cari tangga dekat dalam pool tu. ingat ye, swim at your own risk, hahaha.





7. Lepak kat Rooftop SIBC

ha utp ade bangunan kat luar tau, berdepan mcD, kawasan SIBC. so dekat sana ade block yang tinggi tau, so kalau malam2 saje nak lepak melihat suasana malam dekat area2 situ, korang boleh cari satu pintu ni, naik lift pegi kat top floor, pastu nek ke roof top ikut satu pintu lain. kalau gayat disarankan korang lebih berhati hati, and jangan bergurau dengan kawan oke. safety first tau.
  
8. Main futsal kat V5

V5 ni terkenal dengan night life dia yang penuh dgn gaya hidup sihat. kat court v5 malam2 memang ramai main futsal. so kalau korang berpeluang datang kat utp, ko datang bawak kasut futsal skali. jangan risau orang kat sini semua friendly, korang datang boleh join main futsal. lampu court tutup pukul 12.20 malam so datang la awal skit nanti tak puas main hahaha. 



Thursday, 26 November 2015

~Field trip Mechy: Sapura Kencana Visit ~

assalamualaikum guys
pekabo semua pembaca
ehem to pashi yg sedang membaca tu, i love you hihi,
okay pos ni saje nak throwback la 
ni masa sem lepas punya citer, baru nak post kat sini
kitorang buat trip ke Sapura Kencana
ni sebenarnya program TEC (technology,education, career carnival)
trip ni kejap je, dari pkul 8 sampai 1 ptg
sapura kencana punya site ni ade kat lumut
sini tempat lebih kurang mcm bengkel gergasi la aku tengok
diorang pasang pelantar minyak kat darat sebelum alihkan ke tengah laut. 
banyak jugak info serba sedikit yg aku dapat dari sini
akhir session ni kami diberitahu la kelayakan utk kerja di sini
ikut diorang cakap, pointer mmg penting 
tapi bukan pointer yg jadi bende utama yg diorang cari
tapi diorang nak tgok orang yg boleh bekerja
maksudnya tahan maki, tahan panas, serba boleh dll
so chill up guys
study2 jugak, tapi cari experience tu lagi penting
masa cuti sem tu try la kerja kat mana2
rase skit bila jadi orang bawah ni cemana
kena maki apa suma 
so tanpa banyak berleter korang tengok je la gambar kat bawah tu eh 
enjoy :) 


ni bangunan depan tu 

ucapan introduction oleh pegawai sini




perbincangan ilmiah antara lecturer dan engineer

ko tengok ni kaki pelantar 


pelajar sedang menimba ilmu dari bro ni






encem tak? hihihi







so sampai di sini dululah post aku kali ni,
semua gambar di ambil oleh aku sendiri
malas nak letak watermark
nak amek , amek je 
kalau ade event apa2 ajak aku lagi
syok jugak amek gambo event ni actually
thanks to semua yg terlibat 

~END OF TODAY: jangan terlalu jilat bos kau sampai nampak sangat ko ni macam anjing peliharaan~ 

Sunday, 22 November 2015

~Super 8 2015, UTP kian meningkat~

assalamualaikum 
hye semua lama tak update pasai team rugby utp 
utk makluman, 13/11/15 yg lepas sampai la 22/11 telah berlangsung kejohanan rugby ipt super 8 di upm. kejohanan ni antara game terbesar pasai disertai 4 best team masum, 2 best team masiswa n 1 best team poli n 1 best team kolej komuniti. 
orait, citernye ni adalah edition ke 2 . yg lepas kami kalah di separuh akhir kategori plate. tapi tahun ni alhamdulillah dapat ke final kategori plate.  

apa yg nak dibanggakan nye adalah, tahun ni punya squad boleh dikatakan 75% player baru ( utp drillers ) . so pada awalnya mmg kurang konfiden nak sampai kat semi final tu . tapi alhamdulillah berkat kesungguhan training dan sebagainya, kami berjaya juga melayakkan diri ke final, ini bermaksud kami berjaya potong rekod tahun lepas walaupun tahun lepas team ramai yg power2 mcm mus, hus , ong , adib dan ramai lagi . 
satu pencapaian yg boleh dibanggakan sebab ramai player masih 1st year. 
bayangkan bila dah final year nnti, mmg kuat punya team ni ;) 
so ni nak belanja la skit gambo2 kejohanan ye 




~END OF TODAY : trust your friends, hard work always beats talent~ 







Saturday, 31 October 2015

~Vevo Giant Bubble di Convofest UTP~


assalamualaikum.
alhamdulillah kami berjaya dapat tapak gerai di convofest utp 2015. sambutan giant bubble agak menarik terutama pada waktu malam. sangat meriah! dengan harga tawaran kami serendah Rm 3 utk satu scoop , Rm 5 utk 2 scoop,  pasti menarik perhatian terutama sekali kanak2 dan remaja utk join main giant bubble. kepada sesiapa yg ingin memeriahkan event anda, hari jadi, parti, hari keluarga dan event2 santai lain bolehla kontek kami di 014 2500634. harga utk event kami boleh tawarkan serendah rm 100 mengikut bajet anda 😊 JOM MAIN GIANT BUBBLE! 








Sunday, 29 September 2013

DAULAH= daurah + jaulah : Opening of NEw Sem ! TerbaikKK :)

assalamualaikum,
dah lamaa tak updatee
agak busy dengan registration yang pelbagai,
xpe,
ni alhamdulillah dapat peluang untuk berkongsi pengalaman,
pada hari jumaat, sabtu dan ahad yang lepas, (28-29/10/2013)
saya dan bersama para ikhwah lain telah menyertai daulah,
daulah is macam camping peningkatan iman la,
dianjurkan oleh ikhwan2 utp sendiri,
venue yang terpilih ialah kawasan air terjun chemor, surau taman tasik putra
perjalanan bermula pada pukul 10 malam, selepas taklimat yang sepatutnya ringkas tamat,
perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam jugak la,
sampai kami dalam pukul 11.15pm gtu, terus dengan ice breaking,
kat sana berjumpa la dengan student RCMP sikit, student uniKL mimet sikit,
lepas tu, bacaan almulk, then tidoqq,
bangun seawaL pukul 5 pagi, after tahajud, solat subuh dan matsurat, kami diperdengarkan dengan tazkirah yang disampaikan akhi umair,



akhi faiz dan akhi aiman

okay lepas tu kitorang menjamah sarapan roti canai, sebelum kami bersiap2 untuk ke air terjun lata chemor kot, haha x ingat nama die,
so, kami menaiki dmax, huuuuu,
macam jakon sikit pasai first time naikmende alah tuuu

akhi nabil, hanif , izz

akhi hafizz




sampai kat sana, kami di bahagikan kumpulan, sebelum bermula ldk1,
kumpulan aku sekali dengan zam, ikhwan, nabil, faizal
untul ldk tu, kami diberikan suatu situasi, dan kami dikehendaki menyediakan solusinya,
dan bentangkan :)

akhi aiman, faizal, izz, zam, ana


nilah masalah tersebuttt

pembentangan oleh setiap kumpulan

khusyuk mendengar *kahkahkah*

after habis sume pembentangan, barulah kami akan ke kawasan paling atas dengan berjalan kaki,
huu,
kawasan sangat berbatuuu, keana hati2, agak licin, line fon pun xdek,


akhi azizi, jibammm

hahhh, sampai ke destinasi sebenar,

kat sini kitorang main bola beracun, and water polo, agak besss
even bahu aku ade terseliuh harituuu,
tapi lenjan aje laa,
ukhuwah la katekan,
air sangat sejukkkkkkKKKKK


nak makan apaa yeeppp

akhi bilal: ana rasa laparrr sangat

so, lepas main air memang la lapaqqq,
lapaq bak hang, 
after solat zohor kami pun menjamah la bersamaaaa, makan dalam dulang lagiii :)

memang bess makan dalam dulang , boleh terasa ukhuwah tuuu
so after that kitorang pun rehat sebentar, tido,
pkul 2 petang start balik dengan ldk 2,
kali ni kami kene berlakon pulak,
soalan hampir sama la cam tadi,




selfie sket, hahaha

after solat asar, perjalanan bermula untuk bergerak ke surau TTP,
aku tido je dalam kete, hahaha, penat oooo,,
sampai kat sana, kami  buat reflection harian sebentar sebelum dinner kat restoran luar ni,
apa nama x ingat dah,

dineerrrr

dont take picc

reflectionnn, sampai silau BB ni,

lepas tu, malam tu ada slot planning gitu,
kami diajar untuk guna planning mingguan,
memang penting supaya kita sentiasa ada reminder yang bertulis,
then kami diperkenalkan dengan organisasi ikhwah di utp,
aku berminat dengan enterpreneurship, dan harap boleh berbakti la untuk para ikhwah dalam bidang ni,
after pilih2 lajnah masing2,
kami menonton video islamic sebagai pembakar semangat sebelum tiduuuuq,

pagi hari last,
kami bermula dengan tahajjud, solat subuh dan sebagainya,
lepas tu kami bergotong royong membersihklan surau,

akhi faisal posing ohh, ngn azizi

akhi lokman, kantoi lepaksss, hikhik

sebelum makan herbalife

lepas makan :)

so, after that, kitorang ada reflection sepanjang program,
and isi form penambah baikan program,
lepas amek gambar sume bagai,
kami pun bersarap bersama untuk kali terakhir dalam program ni,
makan kat warung NAsi Lemak Perak, besstt


haha post sket,

so, bagi aku, 
program ni sangat berguna,
banyak menambahkan pengalaman serta pengetahuan dalam dakwah,
tapi walaubagaimanapun,
yang paling penting actually PRAKTIKALNYA
kalau sekadar belajar teory, xdek amal,
ibarat pokok yang tiada buah,
hanya sekadar pokok yang meneduhkan bumi sahaja,

apa yang aku perasan, actually, sepatutnya ramai lagi yang join program ni,
tapi , biasalah, bila nak buat mende baik, ramai orang yang x sebuk tetiba jadi sibuk,
yang x dek hal tetibe penuh hal mereka,

"barangsiapa yang Allah kehendaki akan diberikan  petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) islam. dan barangsiapa yang yang dikehendaki Allah kesesatannya , nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang mendaki ke langit . begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang yang tidak beriman"
6:125

So, jelas jugak kan,
rupanya mende ni memang dah di sebutkan dalam alquran dah,
so x heran lahh,
ramai sangat antara kita ni yang selalu ikut mainstream,
nak pi wayang lah, kan hari cuti, 
pakai seksi seksi gitu,
nak freehair lahh,
 katanya 
TREND

"dan jika kamu mengikut kebanyakan orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
116:6 

erm, jelas rasanya, dan tak perlu diexplain panjang lebar,
sampai disini sahaja coretan kali ni,
teruskan menjaga iman,
ajaklah kepada kebaikan,
dan cegahlah kemungkaran.
wallahualam

~END OF TODAY: air yang tenang jangan disangka tiada buaya, judge seseorang dengan iman dan takwa, bukan pangkat, darjat, harta dan sebagainya~