Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Wednesday, 11 January 2017

~Road Trip ke Utagha bersama Pakra & Mak beliau~

assalamualaikum guys,
okay dah lama berabuk sangat blog ni, 
dekat setengah taun tak menaip,
macam biasa la kalini nak share trip aku baru2 ni di tahun baru,
walaupun Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak
sebanyak 20 sen, yang menjadikan harga minyak RON 95 sekarang 
RM 2.10 / liter
banyak tu woi
tapi tak tahan dah weh
pasni aku duk Kerteh untuk intern,
ni je la saki baki masa yang ade untuk berjalan ke Utagha, 
sebelum jadi orang pantai timur pulak hehe
okay so idea ni actually kami dah pikir lama dah
tapi tak penah execute pun 
so tetiba tengah otw nak pegi makan masa tu pukul 10 malam
aku terlepas cakap pulak 
kan best kalau kita pegi amek gamba kat perlis pagi esok, pastu kita singgah ah penang
boommm
dia terus cakap
jom patah balik amek baju
hahahahahahahaa
maka dalam masa 1 jam 30 minit
kami buat persediaan rapi yang ringkas
camera check
kete check
baju check
setel, pkul 11.30 kitorang gerak 
tapi berenti dulu makan jap, perut asyik krooh krooh je dari tadi
okay setel makan kol 12.00 am
we start our journey
co-driver memang terbaik, banyak sembang kasi mata aku tak ngantuk
pastu first stop isi minyak kat RnR Sungai Perak, masa tu dah pukul 2 kot
pastu sambung balik, drive dalam keadaan cruise je
tak rushing, lek lek je
pastu dalam pkul 4 aku dah ngantuk sangat,
masa tu pegi berenti kat RnR Gurun
tidur dalam kete, nasib aku dah bawak bantal 2 bijik
pastu aku mmg takleh tido sgt tak tau pasal apa
tido tido ayam orang kata,
pkul 6.00 dia ngn mak dia dah pegi mandi n solat subuh
aku extend skit kol 6.30, pasai ngantuk gila
dah setel tu, sharp pukul 7 kitorang gerak semula menuju ke Padang Besar
dalam pukul 8.10 lebih kurang, dah sampai ke jalan yang epik
memang lawa untuk buat amek gamba,
jalan ni kat lepas dari unimap, otw ke padang besar
kat kiri kanan ade ladang tebu
so ni la antara scenery yang aku amek,
korang enjoy dulu gamba ni okay 









pastu kami teruskan lagi perjalanan ke Padang Besar,
sampai dalam pkul 9.30 pasai lebih kurang sejam jugak kami duk amek gamba
lawa kateko
bila lagi nak mai kan
ha sampai2 kami pun duk cari la tempat orang shoping tu 
sekali rupenye tutup pasai esok budak2 nak sekolah dah
so maybe depa duk beli baju sekolah apa semua la kot
kami pun sarapan la dulu kat sini 


lepas sarapan, aku mintak co driver tak over the wheel
coz aku ngantuk nak mati boleh accident kalau drive
so dia pun drive la sampai ke Alor Setar
dalam pkul 12 gitu sampai dah
cam biasa la amek gamba kat dia punya menara dulu
betul2 kat depan Aman Sentral yang depa duk bangga kan tu hehe


lepaih tu kami pun ade idea bijak, pegi charge semua kelengkapan elektronik kami
kat Starbuck kat dalam tu
dah kat sana takkan charge saje, mau kena curah ngan kopi atas muka ye dok
so beli la secawan, ngn 2 dish 
lagi 2 orang duk minum air kosong je tapi pakai mug starbuck
tu pun dah rase bangga kembang abih lubang hidung ni hehehe


sambil2 tu kami pun pegi cari jap instax punya kodak,
then dalam pukul 1 gitu kami pun slow2 la chau memandangkan hari nak hujan
yang lawaknya kami memula cari surau kat situ
tanya la sorang pakgad ni
dia pun dengan yakin cakap la
kona kiri pastu hang teruih ja
kesudah tak jumpa, malaih nak cakap banyak, nek kete chau je ke penang
sampai penang dalam pukul 2 lebih, kami pun naik fery ke georgetown, 
kat butterworth tu sesak jangan cakap la, nak2 jalan depan terminal tu 
huih sakit hati drive situ
tapi alhamdulillah berkat kesabaran training dari memancing kat tasik UTP, 
sampai jugak la nek ferry




oh ye, gamba first dari instax ni tak menjadi,
dia keluar gamba macam corak kulit ikan kerapu
sejak bila muka kami berdua ni macam ikan kerapu pulak en haih



okay nek ferry ni tak sampai sejam rasenye
kejap je 
sampai kat sana kami terus cari surau or masjid
pasai blom solat lagi en 
so dah siap solat kat Masjid India ni 
kami pun terus ke padang kota lama,
nak cari Mee Sotong yang diagung agungkan oleh orang penang ni 
nak try skit sama tak tekak kita hehe
sampai je kat sini, hang pegi cari Esplanade 
kat sana tu penuh kedai makan tapi didominasi oleh 2 kedai je 
yang jual mee sotong n jual coconut shake ni 
beratur kemain lama gila nak beli mee sotong ni
memang ramai tapi lembab la 
kalau tak sedap memang aku sumpah seranah je
sempat jugak sambil beratur ni
banyak sindiket peminta sedekah
guna trik anak kecik nangis duk mintak air coconut shake
haih apa nak jadi ntah
so kami pun order la sepinggan sorang
so review aku, 
mee dia macam mee goreng mamak biasa je cuma dia extra skit rasa mamak tu
pastu kuah sotong dia agak padu kot 
tu yang menambah selera pengunjung2 kat sini
maaf la tak amek gamba, sempat bismillah pastu ngaappp
habih
harga pun berpatutan , RM 5 sepinggan, 
manakala air coconut shake tu RM 4 segelas,

happpy kid setelah dipenuhkan perut nya dan "saka" beliau telah diberi makan

then saje la jejalan skit kat situ tengok apa ada
tak lain ramai couple rempit lepak, n pakcik2 cina buat gathering




then balik tu kami ikut jambatan baru, 
jambatan Sultan Abdul Halim yang sangat2 panjang 
sangat best nya pasai jambatan ni memang cepat kalau kami nak balik ke arah ipoh,
macam shortcut pulak
tetiba masuk highway
terus gerak balik
berenti kat RnR Sungai Perak yg ke arah selatan pulak
makan jap, pastu kami teruskan perjalanan,
sampai kat rumah dalam pkul 11 malam
alhamdulillah segalanya lancar
esok pulak trip ke Sunway Lagoon pulak, so aku pun tido la terus pasai ngantuk na mati
so thats all for now 
hopefully korang dapat la mende yang bermanfaat dari coretan kali ini,
hingga bertemu lagi , babai 

~END OF TODAY: harga minyak Malaysia naik bukan penghalang untuk anda buat roadtrip yang menakjubkan~



Wednesday, 24 December 2014

~Short Trip to Penang and Taiping~

assalamualaikum,
so sabtu ahad lepas, my parents datang sebab ada urusan kat ipoh hari isnin nanti
so ni datang awal skit pasai nak bawak anak dia ni berjalan la, hehe
so, mak tanya nak jalan mana , aku punya cadangan ,
penang mari laa
so bermula la perjalanan ke penang seawal pkul 9 pagi :)  

masuk penang ikut jambatan sultan abdul hamid, jambatan kedua 



dalam perjalanan dah nampak dah unsur2 seni kat penang ni 


ni first stop kami, kat bukit bendera, orang sesak gila, maklum la cuti sekolah kan
tiket masuk bagi mereka yang bawak IC 
adult- RM 8  student- RM4 ( bawak id card student ) 


mak dan abah 




nampak penang dari atas, sangat cantik 










belakang ni banyak padlock love ala ala kat luar negara gitu












dekat tempat makan sini 


char quey tiaw


budak ni comel 


ni kalau korang nak buat tangan ala ala sweet ni, mahal kott



so lepas tu, kami gerak ke Komtar , saje je la pusing2 sana 








dari tingkat 7 

then, nak cari makan, 
gerak ke Padang Kota! 
tak jauh sangat pun dari komtar nye 








mak makan mee goreng sotong
kena beratur nak beli ni
sedap juga la 


ais kacang yang special kat sini
ada juga coconut shake 



then gerak balik ke area perak, n most probably akan tidur di taiping
pasai malam tu ada bola final Malaysia vs Thailand











okay so malam tu kami tidur kat hotel rnr dekat2 taiping
nak tgok bola punya pasai
tapi malangnya kalah pulak malaysia 
agregat 4-3
so pagi esoknya seawal 7 kami dah mula bergerak ke bukit larut
tak jauh pun dalam 20+ km je 

ni kat kedai makan kat bawah bukit larut 



ni antara makanan signature sini la 
roti jantan, RM 3.00
sedap jugak tauu

hajat nak naik jeep tapi masa ni tanah runtuh lagi kot
or mungkin awal sangat utk kitorang naik jeep? 



naik sikit je pastu turun balik hahaha

kemudian kami ke sungai sini, juga tak jauh dari bukit larut
kami juga lalu la kubur tentera tu , sangat cantik dan tersusun









kucingn ni lepak kat bumbung kete


kemudian kami pun ke Taman Tasik Taiping
jalan sini sangat la cantik 
patutla ramai buat shoot wedding sini



alang2 sampai kat tempat cruise ni,
kami pun naik le 
amek yang 4 orang punya seat
Rm 20 shj 
















then kemudian kami ke Muzium Perak 
sebab mak suka sangat pegi muzium, so bawak je la 




muzim ni nak masuk murah je 
RM 2 tak silap 

so lepas tu kami pun bertolak balik ke seri iskandar semula 
sampai situ lah trip kami kali ini
kesimpulannya Penang ngn Taiping memang bess
tapi kami ada 2 hari je nak pusing
tak cukup ekteli 
so, sehingga bertemu lagi !

~END OF TODAY: jauh perjalanan, luas pemandangan ~