Thursday 28 August 2014

Berjimat lah wahai pemuda

assalamualaikum
selamat pagi jumaat
dah lama tak update blog
sorry kepada pembaca tegar yang sedang tertunggu tunggu
aku agak busy belakangan ni,
maklumlah final exam week
semalam dah lepas paper Ordinary Differential Equation (ODE)
alhamdulillah aku boleh jawab
tawakal je la pada Allah jawapan tu betui semua hehe
aminn

back to the topic mentioned
semenjak dua menjak ni
dua MARA dah masuk
so dapat la dalam account member aku ni RM 9,000
gedebuk gedebuk banyak gila
memang durian runtuh
banyak sangat
tapi biasa la kan
manusia
bila duit dah gedebuk depan mata,
mende idaman hati buleh le di beli 
dunia ni macam aku yang punya

aku bukan JELES
nope
and aku bukan nak tikam belakang ke apa
post ni bertujuan untuk kongsi semua pengalaman yang aku pernah lalui
okay dengan duit yang banyak tu
kalau kita shoping shoping
buat macam gaya hidup orang kaya
tak ke nanti pokai sekejap je ?

okay so apa yang perlu dibuat?
ni tips sikit aku kongsi kan 
moga bermanfaat :)

1. SET KAN PRIORITY

okay firstly setkan dulu mana yang lebih penting
mana yang memang perlukan duit
okay so selalunya duit ni memang yuran la priority nye
kalau budak scholar yang memang yuran dah kena bayar tu
maybe boleh la pikir2 kan untuk mende lain 

2. BERJIMAT LAH
okay jimat ni bukan bermakna berkedekut
maksud aku kat sini
buat la gaya hidup sederhana
makan jugak tengahari n malam
buat macam biasa
berkira2 tapi jangan jadi bakhil
sampai korang terpaksa makan maggi ke apa ke
alasan nya berjimat

3. SEDEKAH LAH

okay sedekah ni bukan sahaja pi sumbang duit kat masjid
bagi hadiah kat family pun kira sedekah la jugak
kalau ada adik beradik atau kawan rapat punya harijadi ke
apa salahnya spend sikit utk kasi hadiah
bukan perlu bagi mahal mahal
tapi yang penting ikhlas
jangan kita lupa
rezeki ni Allah yang tentukan
n tak semua harta kita tu hak milik kita sendiri 

4. BUAT SIMPANAN

okay
korang kira mana keperluan korang
pastu yang lebih tu korang simpanlah sebagai duit utk kecemasan
nak lagi elok
simpan duit ni dalam bentuk emas
contoh,
tiap bulan korang setting la utk beli 1 gram emas
nanti kalau korang terdesak, jangan jual
tapi pajak
pasai emas ni, kalau nak cerita, tak boleh nak habis satu malam
nak tahu kelebihan simpan emas ni, korang pi la bukak website

www.jutawangold.com

jadi tu je kot yang aku nak sharekan
actually banyak lagi tips
tapi maybe harini idea aku sampai sini je kot
so apa apa pun
aku ingatkan balik
jangan boros sampai gym pun nak pi yang mahal
padahal ada kemudahan percuma kat universiti
memang la citer ni pasai duit masing2,
tapi aku juz nak ingatkan je
sediakan payung sebelum hujan
kalau dah pokai nanti senak pulak

so itu je kot untuk hari ini
sape ade idea tambahan boleh la comment kat bawah
dia alu alukan 
sekian, terima kasih :)

~END OF TODAY: jangan sampai duit menggelapkan mata kita pada yang hak dan batil ~