Thursday, 23 January 2014

~day out with sir khairil, wella and pok~

assalamualaikum
huh dah lama tak bukak blogger.com
hahahaha, busy la katekan
so ni aku nak tulis post pasai awal tahun ni
nak dijadikan citer, 
sir khairil dah berpindah tempat kerja, 
dan bertukar kerja sekali
dari cikgu kepada lecturer di UIA Gambang, tahniah
so,
kami bertiga yang masih cuti ni berpakat la untuk hangout,
selepas hampir 2 tahun tak bertemu
aku bertolak dari keratong naik moto ke muadzam,
perjalanan lebih kurang 30 min la
pastu trus pi setelkan proses penghantaran moto ke utp
then bertolak ke kuantan naik bas pukul 1.15 pm
sampai ke destinasi dengan selamat pada pukul 2 lebih la 


aku trus nampak wella, 
kami pun berborak panjang sementara tunggu drebar kami sampai (pok)
wella skang pakai ipung bhai
so, lepas kami dijanjimelayu untuk tunggu pukul 3, 
akhirnya lajak la ke pukul 3.45 tunggu drebar tu
then kami trus pi kedai mamak kat east coast mall,
makan makan makan,
then kami masuk jap ecm sebab nak tumpang tandas je haha
tak de nak buat apa, pasai citer kat cinema suma tak best,

front camera ni juz 2mp je, so tak berapa nak lawa la

aduh gemuknya akuuu

sory la kaburr


so, sir ajak pi karaoke,
perghh
kami takut banjir sekali lagi kat kuantan
tapi takpe, banjir dapat la 'bantuan kerajaan'
yang best nya
selama 2 jam karaoke tu,
sir yang bayar, hahahahaa
so memang senang hati la
ngehehe

sir suka amek lagu anuar zain weh, terkejut kami 


pilih pilih lagu sampai berpuluh puluh

then kami nak torai makan burger bakar kuantan,
so sir bawakla kat burger bakar boss dekat2 dgn ecm jugak
makan sana harga lebih kurang kfc la
tapi burger dia tu bagi aku takde la power mana
tahap lebih kurang cam aku masak ja
hahaaha

then kami nak balik ke rumah sir dah, tapi kena singgah ke giant dlu
pasai kat rumah sir tu mana ada apa2 makanan,
so apa lagi, kami shoping makanan laa,
macam nak stay sane berbulan bulan je
padahal satu malam je pun
kat sana jugak aku cari cover untuk phone aku ni

then sampai rumah sir,
kami tolong la kemas2 barang dia dulu,
kmudian lepas suma siap2 dah mandi n solat,
kami pun tengok la citer white house down ramai2 
boleh tahan la citer tu,
kat sana line celcom cam fundekk,
so susah nak whasap ke apa,

then pagi tu sir ada meeting
cepat2 dia tinggalkan kunci umah kat kitorang,
pastu dia membebel jap lama2
then dia nek kete pi UIA,
kami ni pun bantai la tgok citer apa ntah nama aku tak ingat
tapi citer tu memang syiok 
bestt la
pastu sementara sir tak balik lagi ni, kami pun pi la memerut
kat kedai makan terdekat jela

masing masing ngn pon 

langit nampak macam cerah je masa tu
makan2 roti, then hujan lebat gilaa turun
kami pun duk rancak bersembang lagi masa tu
until sampai pukul 12 tgahari tu masih hujan
kami pun pakat dah nak redah je hujan
then berlari la macam orang sakit jiwa 
hahaha, terasa macam budak2 jap
balik tu terus kami mandi2 n kemas barang
sir kata dia balik umah kol 12 tgahari
skali lagi kami dijanji palsukan,
pukul 1 baru sampai
then kami trus decide la nak gerak ke rumah masing2 kol bape
tapi yang penting lepas lunch la
so dia bawak kitorang lunch ke satu kedai makan kat kuantan ni
agak special la, 
variety gilaaa 
macam2 jenis makanan ada,
apa yang tak berapa bestnya,
kami suma tak solat jumaat pun masa tu
dgn alasan suma orang bermusafir, 
pasai sir ngn pok nak gerak ke bentong n temerloh
sebelum makan, aku ngn wela pi cari masjid terdekat
kami solat jap situ,
aku solat dulu, wella pi tandas
bila aku dah solat, terserempak ngn wela otw nak balik dari tandas, 
then wella pakai 'selipar masjid'
aku pun tibai je la
sekali bila dah nak sampai tandas tu,
ada pakcik tegur
"eh dik, ni selipar pakcik ni, patutla tak jumpa''
pergh, aku ni merah padam ha muka
trus kasi blek selipar pakcik tu, then amek slipa aku
hahaha, wella pakai bantai je ngahaha
skali orang punya derr

lepas makan wella mintak tolong hantar ke rumah kawan dia dekat dekat situ jugak
then aku mintak tolong sir hantar kat terminal sentral kuantan je
then sampai situ sahaja outing kami bersama,
next time kalau ada masa dan kelapangan lagi
aku nak kluar lagi ngn diorang
memang syiok pasai kami 3 suma sekepala
kalau ada ayie pun lagi syiok, ngn atong
so, thats all


ska, wella, pok


~END OF TODAY: blood is thicker than water~

No comments:

Post a Comment