Sunday, 22 September 2013

~pilu tatkala melihat result first sem, sabar, Allah kan ada~


assalamualaikum,
selamat petang kepada semua pembaca,
dan selamat datang kepada pelajar foundation,
welcome to semester 2 !
buat pengetahuan semua,
 semester 2 foundation bagi batch may 2013 akan bermula esok pagi,
huh, tak sabar la tuu nak study balik 
CHEMIST 1
PHYSIC 1
PRE CALCULUS
ENGLISH?
haa,
so those 4 adalah subjek yang akan kami ambil mase sem2 ni,
so, nak mengenakan tajuk diatas dengan pengisian kali ini,
beberapa hari yang lepas, 
result kami bagi sem1 dah keluar dah,
boleh cek kat portal student UTP,
so, macam biasa lah
ada yang cemerlang,
ada yang sederhana,
dan yang paling tak nak sebut,
ada yang GAGAL
uhhh,

teketar nak type mende tuu,

actually post kali ini, khas buat mereka yang mencapai dean list tuu,
ade la pesanan sikit nak kasi,

sebagai pelajar muslim yang cemerlang,
perlulah kepada kita untuk sentiasa mengingati ayat Allah tentang Qarun ini,

"dia (Qarun ) berkata : ' sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata- mata kerana ilmu yang ada padaku'. tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpul harta? dan orang orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka"  

28:78

get it?
bila tengok result gempak tu, maka bersyukurlah pada Allah,
jangan kita ingat hasil result cemerlang tu disebabkan usaha kita totally, tanpa bantuan daripada Allah,
jangan jadi sombong pada Allah,
kelak nanti kita akan dibinasakan, atau ditimpa bencana pula,
okay ayat ini pulak,

"maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami, kemudian Kami memberikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata : "sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

39:49 

macam apa yang sering berlaku kepada pelajar,
sebelum exam kemain lagi solat hajat tiap hari, qiamullail dan sebagainya,
tapi bila result yang gempak tu dah keluar,
terus hilang semua amalan2 baik sebelum tu,
seolah olah kejayaan itu hasil daripada usaha mereka sendiri, 
bukan datangnya dari Allah,
nauzubillah, 

selain itu, budak yang cemerlang ni, kena la ajar orang lain sekali,
jangan nak kemut sangat ilmu tu, 
ia takkan hilang apabila dikeluarkan,
malah akan beku sahaja kat otak bila tak dikeluarkan,

"handaklah kamu menjadi seorang rabani, kerana kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan kerana kamu tetap mempelajarinya"

3:79

and lastly, mesti kita ingat janji Allah,

"sesungguhnya berjayalah orang yang beriman"

23:1

orang yang beriman, pasti berjaya, 
iaitu orang yang 
khusyuk dalam solat,
jauhkan diri daripada mende2 lara',
tunaikan zakat.
jaga kemaluan,

pernah dengar perkataan istidraj?
pastikan kejayaan kita itu bukanlah istidraj yang Allah bagi kepada kita,
oleh itu, bersyukurlah, dan bertakwalah,
insyaAllah UTP akan melahirkan 
mukmin professional
yang bukan hanya pakar dalam ilmu dunia,
tetapi juga akhirat,
aminnn :)

~END OF TODAY: belilah lecture note dengan harga yang sangat murah, tanpa sebarang cas tersembunyi, seperti tambang minyak, upah mengangkat, upah memprint mastercopy, dan sebagainya








1 comment:

  1. salam. rasanya nta tersalah taip tu ayat quran tu, cth 79:3 supposed to be 3:79 n etc..

    ReplyDelete