Saturday, 31 August 2013

~bodybuilding: HORLEYS 100% whey protein! ~

assalamualaikum,
okay, untuk post kali ini,
nak citer untuk segmen ke 2 bodybuilding punye product,
kali ni product jenama HORLEYS
product dari new zealand,
ape yang spesel ngn produk ni?
nah tengok sendiri kayy,



yeah, protein bagi every serve, 20.1g 
kire banyak gax tu,
tapi yg paling special nye,
ni satu2 nye muscle protein shake yang ade tulis halal,
huhu
so, tanpa ragu2 lagi, bolehlah pemain ragbi islam makan mende alah ni,

mari lihat firman Allah:

"wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu"

2:168

makanan yang haram dalam juga telah alquran sebutkan, sikit je pun, so, bukan nye logo halal yang patut kite letak kat makanan, tapi logo yang haram, kan? if lah memang cadangan ni menjadi, alhamdulillah, seronok lah kite kat pasaraya, x payah nak cek2 sgt barang yang kite nak makan tu,
heee

lihat firman Allah:

"sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika sembelih) disebut (nama) selain Allah....."

2:173

berkait semula dengan produk ni,
harga pun x mahal,
jiran bilik aku ni beli sebijik,
die kate rm70 
kat Watson
haha
mende halal memang senang nak cari.....
insyaAllah , makan mende halal, ade la keberkatan nye tu nnti,
muscle cepat membesar ke,
heee
:)

~END OF TODAY: makanan yang syubhah adalah lebih baik di elakkan, untuk jaga darah daging kite daripada apa2 makanan yang haram~

Friday, 30 August 2013

~"Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !" ? mengapa tidak "Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! "~

assalamualaikum,
hai , selamat petang pembaca sekalian,
alhamdulillah, hari ini genap negara kita merdeka selama 56 tahun,
Malaysia masih aman, alhamdulillah,

saudara2 kite di negare lain belum tentu mendapat nikmat keaman yg kite rasakan ini,
ya, merdeka itu adalah suatu nikmat,
maka marilah kita sama2 bersyukur atas nikmat ini,
ucapkan alhamdulillah,



teringat pada pejuang2 tanah air pada masa dahulu kala,
tok janggut, 
abdul rahman limbong,
dol said,
okay mereka memang dari zaman yg sangat dahulu,
ketika menentang penjajahan British,
lihat semangat jihad mereka,
betapa sukarnya kehidupan apabila ditindas,
maka kite sememangnya patut mensyukuri nikmat yg Allah kurniakan ini,
dengan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah ini,

lihat firman Allah,

"dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali taat kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya, dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalanNya. katakanlah: bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka"

39:8

bila kita dalam kesusahan, masa tu barulah kita nak ingat pada Yang Paling Berkuasa,
tapi 
bila kita dalam keadaan senang lenang, atas sebab nikmat Allah juga, kita bagaikan melupakan bahawa kite pernah berdoa meminta pertolongan,
tidak bersyukur, malah melakukan maksiat pula,
perkara sebeginilah yang jikalau di biarkan,
makin menjadi jadi, 
adakah perlu untuk kita menunggu bencana baru menimpa?
barulah kita akan kembali beriman?

~END OF TODAY: no need to konvoi keliling Msia bawak bendera, cukuplah dengan buat sujud syukur beramai-ramai~







Monday, 26 August 2013

~Nasi LEmak SPECIAL BRANCH terbaikkKK~

assalamualaikum,
spesel post untuk promote warung SB kat belakang shell kat tronoh,
warung tu ade 2 makanan yg sangat SPECIAL
NASI GORENG CHICKEN CHOP ---> RM3.50
NASI LEMAK SPESEL----> RM2.50
harga sangat affordable,
sangat steady untuk student,
nasi lemak tu spesel pasai ade keropok, cekodok, telur mata ngn sambal yg manis,
nasi goreng chicken chop, ade chicken chop la,
tapi aritu aku ade la buat pelik,
kasi hybrid skit,
aku mintak NASI LEMAK CHICKEN CHOP
perhh, sedap gilerr, dengan harga RM2.50 jugak,
air pulak selalunya ade air promotion, so, dapat la RM1.00

ni nasi goreng chicken chop

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
55:13

inilah nikmat dunia namanya,
alhamdulillah aku masih sihat dan dapat makan dan merasai nikmat makanan macam ni,
bagi orang2 yang dah kene sakit jantung, kolestrol tinggi,
dah x boleh nak berasa makanan macam ni,
alhamdulillah, syukur pada nikmatMu ya Allah,

~END OF TODAY: nasi lemak bukan illuminati!~

Monday, 19 August 2013

~Allah ya rabbi, mengapa tidak bergetar jiwa kita tatkala melihat abang sendiri dibunuh~


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
selamat pagi wahai pembaca yang budiman, 
alhamdulillah di malaysia masih tenang,
selamat pagi Mesir, Syria, Palestin, Afghanistan,
adakah mereka senasib dengan kite di sana?
tepuk dada, tanya facebook, tanya iman,
apakah keadaan mereka disana?
cukupkah makanan?
minuman?
kasih sayang?
Subhanallah,
tatkala aku melihat apa yang berlaku di sana melalui FB,
aku berasa sangat kagum dan pada masa yang sama,
aku rasa gentar,
kagum apabila melihat iman mereka,
bagi menegakkan kata2 agung,
Lailaha-illa-allah
mereka dibunuh, dicincang, dipukul, diseksa dan pelbagai lagi,

''(iaitu) orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ''Tuhan kami hanyalah Allah"...."
22:40

maka mereka tanpa mengira umur, jantina, malah keadaan mereka sekalipun, bertarung bermati-matian, dengan hanya menggunakan senjata seperti alquran, dan batu, 
senjata?
ya, itulah senjata mereka, tanpa sebutir peluru pun mereka gunakan,
tanpa gentar, ibu2 pemuda memecah hancurkan batu2 besar dan diberikan kepada anak2 mereka untuk berjuang, dengan hanya mengharapkan syahid dijalan Nya, 
subhanallah, 
betapa getar nya hatiku tatkala menulis blog ini,

firman Allah,

''telah diizinkan ( berperang ) bagi orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu"
22:39

maka mengapakah Allah yang Maha Kuasa masih menurunkan peperangan dan ujian2 besar keatas mereka ini? walhal iman mereka sangat kuat, mereka tidak melakukan maksiat dan sebagainya sebagaimana yang berlaku di Malaysia ini, 

lihatlah firman Allah wahai sahabat,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman" dan mereka, tidak diuji?"
29:2

sesungguhnya, ujian yang diberikan itu adalah bukti keimanan mereka,

tetapi, seperti apa yang aku katakan awal tadi, 
aku juga gentar dengan apa yang berlaku,
adakah kita punyai iman yang sama level dengan mereka?
mengapakah kita tidak diuji dengan ujian sebagaimana mereka lalui?

firman Allah,

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"
2:286

jelaslah  bahawa, kita sebenarnya belum terdaya untuk ke tahap peperangan,
yang hanya kita mampu, Allah berikan ujian nafsu kepada kita, adakah kita sanggup melawannya atau tidak,
wahai pemuda,
sedarlah. bangkitlah,
saudara kita di sana sedang dalam kesusahan,
jikalau kita tidak larat untuk mengangkat senjata, 
maka laratkan lah diri untuk bangun subuh berjemaah,
kerana subuh itu bukti kekuatan umat islam,
angkatlah tangan dan berdoa kepada Allah, agar Dia tidak pesongkan hati kita, selepas kita diberi hidayah,
wallahua'lam





~END OF TODAY: pekse dah dekat, banyakkan mendekatkkan diri pada Allah dan buku ye, hehe~








Thursday, 15 August 2013

~turn ur WIndows into a MAc!: flipclock only hehe ~

salamullah,
hey guys,
are u familiar with Macbook?
with their picture of screensaver of flipclock,
like thesee.....

yeah, the flipclock, smart isn't it?

OMG i wanna grab one also,

so guys, 
we know that the prices of those MAcBook are fucking damn high,
even my mom cannot buy this for my birthday peresent, hehe
so don't ever try to buy one, if u aren't rich enough,
to get this cool screensavers,
OMG it's a very big wasting of money if u want the screensavers,
then u buy the Macbook, what an idiot move is that?
u can get this cool screen savers for free lah,
juz 
download, then extract them, then click it, 
automatically it will be installed, 
there u go, 
ur damn nice Macbook, even it is a Lenovo actually,

~END OF TODAY: dont eat a rotten apple~



~DOwn TO Earth project: hving a nice and enjoyable time with the orphanage~

assalamualaikum,
okay dah lame x update blog kan,
hee
okay this time nak citer pasai project utk courseworh subjek Islamic studies,
DOWN TO EARTH
so project yg telah dipilih utk coure kitorang ialah,

MEMBUAT AKTIVITI
+
BERBUKA PUASA
+
GOTONG ROYONG

semua ni macam normal lagi, xp ape yang special tu ialah,
kami bukan sahaja bersama dgn kami2 sahaja, tapi kehadiran special ialah
bersama

PUSAT JAGAAN ANAK YATIM & ORANG MISKIN NURUL IMAN
TAIPING

kehadiran mereka ni menyebabkan segala kerja menjadi lebih bersungguh2 dan yg paling penting ikhlas 
dan sgt bermakna,
idea yg telah kami kumpulkan ialah:
1. membelikan mereka 2 katil double decker
4 biji tilam, 4 kipas berdiri dan
 water dispenser

2.membuat gotong royong membersihkan
kawasan tempaat tinggal mereka

3.membuat aktiviti bersama kanak2 tersebut

4. berbuka puasa bersama2 serta solat
tarawih di resort.

so, total2 modal yang diperlukan ialah RM13,000++
jadi modal ni agak tinggi dan menjadi bahan ketawa pada mulanya,
yela, macam mane la student foundation yg baru masuk ni,
nak cari modal banyak tu,,
tapi berkat usaha daripada pelbagai pihak,
kami berjaya mengumpulkan modal yang banyak malah siap terlebih lagi,
alhamdulillah syukur pada illahi,

"dan orang orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik."
49:69

so, bermula dengan perjalanan kami kesana pada pukul 9 pagi, sampai di sana pukul 12 tgahari,
perjalanan lebih daripada 2 marhalah, so membolehkan kami solat jamak terus, zohor ngn asar,
sampai shaja disana, terus gotong royong dijalankan
yang group buat aktiviti tu pun terus start diorang punye aktiviti,
lepas siap sume, 
aku and bbrapa lagi terus pi ke resort utk setting2 kat sane,
resort tu agak memberangsangkan,
besar, kemudahan pun okay,
mudah citer,
petang tu lepas kitorang mandi2 n dah bersiap, 
kami ada la majlis penutupan sebentar,
mase tu kami amek la gmbar n sembang2 dgn adik2 ni
bile bercakap dgn mereka yg masih kanak2 xp tabah mnanggung perit kehidupan ni,
hati kami agak terusik juga, kami terharu dgn semangat mereka,
sgt kental,

''ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal (cobaan) belum datang kepadamu seperti (yang dialami ) orang- orang terdahulu sebelum kamu''
2:214 


lepas ucapan, azan pun dah masuk, kami solat maghrib dahulu,
then, kami kembali utk makan bersama, makanan yg dihidangkan sgt lah sedapp
pelbagai....
xp apa yang penting bukan selera kami,
tapi senyuman yg terukir pada wajah mereka,
sangat spesel bagi kami,

lepas makan2, solat terawih and sampai la mase utk hantar mereka pulang
mase tu kitorang naik bas sekali ngn diorang,
aku duk la sebelah budak ni
ak sembang2 ngn die
die cakap die nak jadi komando bile besar nnti,

"adik belajar elok2 tau, kalau nak jadi komando, kena jadi pandai, 
nanti boleh tolong mak, jangan terpengaruh ngn kawan2 lain tu,
diorang bukan nak jadi komando macam adik"

aku kasi la beberapa ayat penyuntik semangat, hopefully diorang semua 
berjaya mengejar cita2 masing2
aminn.


"sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara..."
49:10


pic2 event















~END OF TODAY: help others, Allah will help you~