Monday, 19 August 2013

~Allah ya rabbi, mengapa tidak bergetar jiwa kita tatkala melihat abang sendiri dibunuh~


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
selamat pagi wahai pembaca yang budiman, 
alhamdulillah di malaysia masih tenang,
selamat pagi Mesir, Syria, Palestin, Afghanistan,
adakah mereka senasib dengan kite di sana?
tepuk dada, tanya facebook, tanya iman,
apakah keadaan mereka disana?
cukupkah makanan?
minuman?
kasih sayang?
Subhanallah,
tatkala aku melihat apa yang berlaku di sana melalui FB,
aku berasa sangat kagum dan pada masa yang sama,
aku rasa gentar,
kagum apabila melihat iman mereka,
bagi menegakkan kata2 agung,
Lailaha-illa-allah
mereka dibunuh, dicincang, dipukul, diseksa dan pelbagai lagi,

''(iaitu) orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ''Tuhan kami hanyalah Allah"...."
22:40

maka mereka tanpa mengira umur, jantina, malah keadaan mereka sekalipun, bertarung bermati-matian, dengan hanya menggunakan senjata seperti alquran, dan batu, 
senjata?
ya, itulah senjata mereka, tanpa sebutir peluru pun mereka gunakan,
tanpa gentar, ibu2 pemuda memecah hancurkan batu2 besar dan diberikan kepada anak2 mereka untuk berjuang, dengan hanya mengharapkan syahid dijalan Nya, 
subhanallah, 
betapa getar nya hatiku tatkala menulis blog ini,

firman Allah,

''telah diizinkan ( berperang ) bagi orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu"
22:39

maka mengapakah Allah yang Maha Kuasa masih menurunkan peperangan dan ujian2 besar keatas mereka ini? walhal iman mereka sangat kuat, mereka tidak melakukan maksiat dan sebagainya sebagaimana yang berlaku di Malaysia ini, 

lihatlah firman Allah wahai sahabat,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman" dan mereka, tidak diuji?"
29:2

sesungguhnya, ujian yang diberikan itu adalah bukti keimanan mereka,

tetapi, seperti apa yang aku katakan awal tadi, 
aku juga gentar dengan apa yang berlaku,
adakah kita punyai iman yang sama level dengan mereka?
mengapakah kita tidak diuji dengan ujian sebagaimana mereka lalui?

firman Allah,

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"
2:286

jelaslah  bahawa, kita sebenarnya belum terdaya untuk ke tahap peperangan,
yang hanya kita mampu, Allah berikan ujian nafsu kepada kita, adakah kita sanggup melawannya atau tidak,
wahai pemuda,
sedarlah. bangkitlah,
saudara kita di sana sedang dalam kesusahan,
jikalau kita tidak larat untuk mengangkat senjata, 
maka laratkan lah diri untuk bangun subuh berjemaah,
kerana subuh itu bukti kekuatan umat islam,
angkatlah tangan dan berdoa kepada Allah, agar Dia tidak pesongkan hati kita, selepas kita diberi hidayah,
wallahua'lam





~END OF TODAY: pekse dah dekat, banyakkan mendekatkkan diri pada Allah dan buku ye, hehe~








No comments:

Post a Comment