Monday, 21 January 2013

Mr Pineapple & Miss Megi - episod1

tanggal 23 haribulan februari 2011,6 am,entah mengapa, aku bangun dari tidur dengan rasa senang hati. senyuman terukir di pipiku, aku menggeliat bangun dengan penuh bertenaga, adakah ini petanda akan berlaku sesuatu yang menggembirakan hatiku pada hari ini, aku berfikir sejenak, ya, hari ini pendaftaran pelajar baru tingkatan 4 ke sekolah ku. aku akan dapat menambah koleksi rakan-rakan ku pada hari ini.

setelah selesai menunaikan solat, aku menyarung kemeja sekolahku yang berwarna kuning keperangan dan menuju ke arah dewan makan dengan penuh semangat.
 "hai mr pineapple, bukan main semangat kamu hari ini," mak cik zainab, penjaga dewan makan kami menegurku.
 "ish makcik, hari ini kan hari pendaftaran pelajar form 4 baru, mestilah saya happy jep" aku menjawab. 

di sekolah ini, aku memang terkenal, terkenal dengan kenakalanku di dalam kelas, keaktifanku di sekolah, dan kehebatanku di padang. aku bukanlah yang sempurna, tetapi aku cuba untuk mencapai ke arah kesempurnaan. bagi ku, manusia yang sempurna memang tiada, tetapi yang hampir sempurna pasti ada, dan aku akan pastikan itu adalah aku.

"pineapple, ni senarai nama pelajar baru yang akan mendaftar, nanti awak tampal di depan dewan ya"
"baik cikgu"

erm...muhammad syamil, mr durian, encik rambutan, miss megi, miss shokubutsu, bla bla bla,,,,
ramainya pelajar baru tahun ini, pasti batch aku akan menjadi lebih seronok.
_________________________________________________________________________________

9am, kereta mula memenuhi ruang parking di depan dewan gemaling, bilangan ibubapa bersama pelajar2 baru semakin ramai di dewan ini, aku hanya memerhatikan sahaja, maklumlah, aku bukannya pengawas sekolah, aku hanya pengawas stor sukan sahaja. ada ibubapa yang gembira, ada juga pelajar yang menangis dan ada juga yang tidak berkata apa2, mungkin kerana dia bisu, tersilap pilih sekolah ke pun. ak yg sedang makan pisang ni pun dengan relax, mencampakkan kulit pisang tu ke atas lantai di laluan ke hostel.

"megi, megi sayang, da angkut semua barang ke hostel ke belum?'
"belum mama, megi tengah angkut la ni,"

dengan pantas, miss megi membawa barang keperluannya yang banyak dan berkotak kotak, sehinggakan dia sendiri pun tidak nampak laluan nya. nak dijadikan cerita, miss megi pun terpijak la sekeping kulit pisang yang dengan tenangnya berbaring di atas lantai. apalagi, jatuh la miss megi sambil tercampak semua kotak2 barangan nya kearah seorang lelaki, ber"nametag" mr pineapple.

bush!

"habislah semua barang saya"
"habislah pisang aku"

"'semua ni kau punya pasai! kalau kau pandang depan mase berjalan tadi, mesti tak jadi macam ni,"

"semua ni salah kulit pisang ni, kalau lah kulit pisang ni takde kat sini mesti ak tak terpijak,"

"haih, kau salahkan benda tak bernyawa pula, ko tu yang pijak kulit pisng, kau salahkan kulit pisang pulak"

"ish geramnya ak!"

miss megi terus berlalu pergi tanpa meminta maaf kepadaku, mungkin salah ak juga sebenarnya, aku yang buang kulit pisang tu kat atas lantai, so ni mungkin balasan untuk aku la yang buang sampah merata-rata. tapi die tu siapa namanya nya. pelajar baru la kot, ahhh, yang penting die mesti meminta maaf padaku.
~END OF CHAPTER1~
MR PINEAPPLE & MISS MEGI

No comments:

Post a Comment