Friday, 25 January 2013

Mr Pineapple & Miss Megi- episod 2

keesokan harinya, seperti biasa, hari ini aku terlewat, tatkala aku bangun dari tidur, jam telah menunjukkan 6.30 pagi. aku bergegas mencapai tuala dan terus ke bilik air, selesai semuanya, aku pun melangkah ke sekolah , lagak seperti biasa.

"semangat baru, perjuangan yg satu,, matlamat hidupku,, bla3" aku bernyanyi girang sambil ke kelas.
"Mr Pineapple! mari sini" aku medengar suara yang lantang memanggilku dari belakang,
alamak, encik nik mazlan pulak dah. encik nik ialah guru disiplin di sekolah, hari ini memang hari malanglah buat aku.
''owh, lambat ya harini, tapi boleh nyanyi2 lagi,''
''aaaa...biasa la tu cikgu, saya buat tenang jep ni, sebenarnya dah berpeluh da saya berlari tadi''
''kalau dah biasa, maksudnya awk pumping la macam biasa, 100 kali''

dan macam tu lah kebiasaan ak, pagi2 da kena excercise,



proses pembelajaran dan pengajaran hari ini seperti biasa, boring3, cuma yang bezanya adalah pada malam hari ini, tatkala aku dan mr froggy ke kantin untuk menyiapkan presentation kami.

''weh, froggy, ko ade ubat pensel 0.5mm tak?''
''tak de la"
''haduih, aku malas da nak balik kelas senula, camner nih?"
ko mintak jep kat budak blakang kite nih"

aku pun menoleh kebelakang, ak ternampak 2 orang pelajar perempuan sedang tekun menelaah pelajaran,
''ini memang syiok ni kalau kite kacaw jap " terdetik di hati ku

"weh2, ade ubat pensel 0.5mm tak?"
tiba2 seorang yang kecil2 comel2 menoleh dengan pantas dan menghulurkan ubat pensel,
"owh, terima kasih"
cepat2 die menoleh kehadapan kembali, seperti sudah tertinggal sesuatu

"frog, budak ni memang concentrate betul eh,"
"erm, kalau macamtu, kite kacau la skit, kalau focus sgt nanti stress otak diorang ni, "
"ko rase ni budak form berape?"
"sebaya ngn kite lah, ni semua geng2 form 4 baru ni"
"erm, kalau macamtu, moh kite kacau die kejap"

aku pun menjatuhkan pensel tekan ak kearahnya


"oppss, pensel terjatuh la plak"
cepat2 orang yang sama tadi mencapainya, dan terus memberikan kembali kepadaku,
"terima kasih"

kenapa ak rase muke die ni macam familiar jep eh, ermm, ahha, ni la perempuan yang terjatuh semalam!
tapi ape name sebenar die ek? dengan perasaan ingin tahud atau semangat inkuiri, aku pun memberanikan diri sekali lagi untuk meminjam kamus oxford fajar edisi ke-5 yang terletak tidak terusik di atas mejanya.

"weh, pinjam kamus"
"ambil lah"


aku pun segera bangun dan mengambil kamus tersebut dihadapan nya,
jantung aku berdegup kencang tatkala kecomelan nya terserlah di hadapan mataku, wah, matanya bersinar- sinar macam orang arab, kulitnya putih melepak, hatiku bagaikan mentega yang diletakkan di atas kuali,
cair dengan cepat sekali, sampai sahaja ak di tempat dudukku semula, aku terus membuka kamus tersebut untuk mengetahui namaya, terpampang di muka hadapan kamus tersebut, ~MISS MEGI~

~End Of Chapter 2~

2 comments: