Thursday, 2 October 2014

~MINYAK NAIK HARGA LAGI~

assalamualaikum and hi,
juz post kecik je
nak kasitau mulai 2 oktober 2014
harga minyak diesel dan Ron95 naik 20 sen
alah sikit je tu kan
kalau beli seliter la,
kalau jenis kete yang pakai 100 liter tu,
kira 20 sen X 200 liter la 
baru RM 200 bertambah 
chill kerajaan kan kaya, 
bila harga minyak naik, BRIM pun naik la nanti,
harga barang? 
ermmm pepandai la estimate naik ke tak ye,
salam jumaat :) 


~END OF TODAY: sokong la mana parti yang memudah kan rakyat :)~

Thursday, 28 August 2014

Berjimat lah wahai pemuda

assalamualaikum
selamat pagi jumaat
dah lama tak update blog
sorry kepada pembaca tegar yang sedang tertunggu tunggu
aku agak busy belakangan ni,
maklumlah final exam week
semalam dah lepas paper Ordinary Differential Equation (ODE)
alhamdulillah aku boleh jawab
tawakal je la pada Allah jawapan tu betui semua hehe
aminn

back to the topic mentioned
semenjak dua menjak ni
dua MARA dah masuk
so dapat la dalam account member aku ni RM 9,000
gedebuk gedebuk banyak gila
memang durian runtuh
banyak sangat
tapi biasa la kan
manusia
bila duit dah gedebuk depan mata,
mende idaman hati buleh le di beli 
dunia ni macam aku yang punya

aku bukan JELES
nope
and aku bukan nak tikam belakang ke apa
post ni bertujuan untuk kongsi semua pengalaman yang aku pernah lalui
okay dengan duit yang banyak tu
kalau kita shoping shoping
buat macam gaya hidup orang kaya
tak ke nanti pokai sekejap je ?

okay so apa yang perlu dibuat?
ni tips sikit aku kongsi kan 
moga bermanfaat :)

1. SET KAN PRIORITY

okay firstly setkan dulu mana yang lebih penting
mana yang memang perlukan duit
okay so selalunya duit ni memang yuran la priority nye
kalau budak scholar yang memang yuran dah kena bayar tu
maybe boleh la pikir2 kan untuk mende lain 

2. BERJIMAT LAH
okay jimat ni bukan bermakna berkedekut
maksud aku kat sini
buat la gaya hidup sederhana
makan jugak tengahari n malam
buat macam biasa
berkira2 tapi jangan jadi bakhil
sampai korang terpaksa makan maggi ke apa ke
alasan nya berjimat

3. SEDEKAH LAH

okay sedekah ni bukan sahaja pi sumbang duit kat masjid
bagi hadiah kat family pun kira sedekah la jugak
kalau ada adik beradik atau kawan rapat punya harijadi ke
apa salahnya spend sikit utk kasi hadiah
bukan perlu bagi mahal mahal
tapi yang penting ikhlas
jangan kita lupa
rezeki ni Allah yang tentukan
n tak semua harta kita tu hak milik kita sendiri 

4. BUAT SIMPANAN

okay
korang kira mana keperluan korang
pastu yang lebih tu korang simpanlah sebagai duit utk kecemasan
nak lagi elok
simpan duit ni dalam bentuk emas
contoh,
tiap bulan korang setting la utk beli 1 gram emas
nanti kalau korang terdesak, jangan jual
tapi pajak
pasai emas ni, kalau nak cerita, tak boleh nak habis satu malam
nak tahu kelebihan simpan emas ni, korang pi la bukak website

www.jutawangold.com

jadi tu je kot yang aku nak sharekan
actually banyak lagi tips
tapi maybe harini idea aku sampai sini je kot
so apa apa pun
aku ingatkan balik
jangan boros sampai gym pun nak pi yang mahal
padahal ada kemudahan percuma kat universiti
memang la citer ni pasai duit masing2,
tapi aku juz nak ingatkan je
sediakan payung sebelum hujan
kalau dah pokai nanti senak pulak

so itu je kot untuk hari ini
sape ade idea tambahan boleh la comment kat bawah
dia alu alukan 
sekian, terima kasih :)

~END OF TODAY: jangan sampai duit menggelapkan mata kita pada yang hak dan batil ~




Sunday, 27 July 2014

~Syawal datang lagi~

assalamualaikum salam aidilfitri,
so untuk post harini special la aku tulis pada pagi 1 syawal ni,
untuk menyampaikan sedikit peringatan untuk kita bersama lah kiranya,

saudara,
besederhanalah,
pada pagi syawal ni selalu ada antara kita sifat riak dan membazir,
maklumlah dah sebulan puasa, makanan habis semua nak bantai,
dah gaya macam kebulur pulak,
pakaian raya, jangan lah kita tunjuk menunjuk,
kalau yang tengok tu yang tak mampu, apa nanti dia rasa,
besederhanalah, ingatlah pada mereka yang tidak mampu berhari raya macam kita ni,

saudara,
kurangkan bercakap, banyakkan memohon ampun,
kenapa kurangkan bercakap?
sebabnya, makin banyak kita bercakap, maka makin banyak jugalah kita melalakukan dosa ( selalunya )
mana taknya
kalau bercakap tak diselangi dengan buah buah mengumpat kan tak best,
kalau bercakap tak dihiasi dengan kata2 riak dan takbur kan tak seronok,
jadi kurangkan lah bercakap, dan perbanyakkanlah memohon ampun
sebab bila lagi korang nak bermaaf maafan kan? kalau bukan masa syawal ni,
biarlah orang nak cakap apa kat korang, yang penting dosa antara manusia berjaya dihapuskan,

saudara,
jaga pandangan,
mata kita ni masa syawal ni boleh jadi anggota yang paling banyak hilangkan pahala puasa kita,
yeke?
ha to those laki, kalau ada ternampak depa yang girls pakai seksi2 ke, pakai kebaya ke, freehair ke,
pandai2 la korang beralih mata tu, first nampak kira dimaafkan la,
kalau nak salahkan girls, ermm same je, salahkan la diri masing2 sebab diri kita ni atas tanggunjawab kita sendiri,
to mereka yang beraya ke rumah orang 
jaga mata daripada memandang harta hak milik orang,

"Tu lawa langsir tu, beli kat Dubai ke?"
"wah cantiknya tong gas, beli kat mana?"
"amboi besarnya gelang, baru masuk bonus ke?" 

haa, jaga sikit mata tu,
takyah nak tgok sangat barang tuan rumah tu,
betulkan niat korang bertamu tu,

ha jadi tu sahaja kot coretan aku pada kali ini,
apa apa pun, pada pagi yang mulia ini, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,
pada korang semua, yang kenal mahupun tak kenal diri ini,
pada sesapa yang penah jadi bahan bencian aku,
mulai syawal ni aku dah tak benci korang dah,
pada team Viel Apparel yang asyik selalu kena bebel dengan aku, aku mohon maaf atas segalanya,
moga pada bulan yang mulia ini, kita dapat membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian, hasad dan dengki,
taklupa kepada keluarga aku yang banyak menyokong, ampun maaf atas segala kesilapan yang berlaku,
kepada mak yang sedang membaca, anas sayang mak, hehe
semoga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang,
assalamualaikum :)

gambar hiasan


~END OF TODAY: aku menangis tanda gembira~

Wednesday, 16 July 2014

~Kiki serta Cintanya~

assalamualaikum
harini hari ke 18 or 19 Ramadhan?
tak pasti sangat
yang penting dah lebih separuh bulan dah kita puasa,
jadi dalam masa lebih daripada separuh bulan ni
apa impak Ramadhan pada diri kita?
adakah kita berjaya mengawal nafsu kita?
memperbaiki amalan?
or mungkin juga hanya berlapar dan dahaga?

tepuk dada, tanya lah diri sendiri,
saya bukan nak olah bab tu pada hari ni
pasainya saya nak olah sumting berkenaan mende trending #CDM25 
yang berlaku kat kuantan baru2 ni

okay first of all
korang kalau nak tengok video ganas ni, pi cari sendiri kat youtube
aku malas nak bukak aib orang
( ni bukan nak bukak aib dia eh )

macam biasa,
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
nak2 pada bulan yang mulia ni kan
alkisah pada suatu malam
aku drive balik dari manjung, ke seri iskandar
kat satu trafik light ni,
enjin kereta tu termati
( ada bukit skit, tapi biasala kereta clutch pendek susah skit )
so nak jadi citer,
BURBBB
fuhh
suspen
aku ingat gear box rosak 
rupanya bumper kena langgar
orang yang langgar tu keluar kereta pastu cek bumper kereta dia
then suruh aku ketepi, 
so aku lek la pi la ketepi,
then
yang peliknya
orang tu terus tuduh macam2,
dia kata kereta terundur,
walhal aku handbrake kot,
pasai kat bukit
juz termati enjin je 
dia bamm langgar terus
aku lek je dulu
then dia buat macam kitorang ni yang bersalah then nak bla cepat2
aku apa lagi,
pi kat kereta dia , suh dia keluar balik
selesaikan blek
citer punya citer, 
susah la nak menang ( first pasai dia ni keling )
habis dia putar belit ayat suma
padahal dalam kete aku ada 3 orang
semua tahu yang kitorang tak terundur pun
dia juz langgar trus
pastu member aku ni ajak pi balai trus
si keling ni cakap mcm konfident je
tapi aku yang tak konfident
pasai lesen tertinggal pulak
fuh kitorang pun mintak la elok2
mana tak nya dah dia yang langgar,
kitorang mintak rm 100 je
tu pun terus dia melenting
membebel apa suma
last skali aku ngn member ni tenang je
cakap kat dia,
takpe kalau pakcik taknak bayar, pakcik boleh gerak
dia pun apa agi laju je la gerak

so sampai situ je la citer ni
last skali sebab aku rasa bersalah kat member aku ni, 
aku offer dia nak bayar semua
tapi dia cakap takpe
50/50
fuh peliks rase ade member camni baik,
tapi last skali aku bayar lebih jugak la kat bengkel 

okay berkait dengan tajuk
KIKI
melalui video tersebut kita boleh nampak yang dia ni gelabah gila anj....
terus bawak keluar lock stering tu pastu ketuk2 kete uncle tu
padahal mende sikit je
pastu nak pow 2000
gila apa

kejadian ni agak memalukan la
pasai ,
yela as muslim
kita tengok betapa sayang nya kita pada harta
dan betapa tiada adabnya kita depan orang tua
even dia chinese pun
kita still kena hormat
nak nak semua ni kan ujian daripada Allah
kalau selesai elok2 kan lebih manis
bukan nya takde insuran ke apa
bawak je la report so tak perlu la nak amek lock stering
macam gangster nak pi bantai uncle tu
berkait dengan Ramadhan
adakah beliau berjaya mengawal amarah pada waktu itu?
tentunya tidak
melalui video tu, 
uncle tu yang relax tenang,
biasa la marah2 pun bukan boleh elok balik kete tu,
stilll kena pi bengkel,

skang tengok apa jadi
satu malaysia tahu pasai citer dia
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata
fuhhh
buruk padahnya

so to uolls yang memandu
kemalangan ke terlanggar ke apa ke
seboleh boleh nya elakkan la
tapi kalau dah nak jadi jugak
relax
amek nafas
jangan gelabah nak serang terus
selesaikan elok2
jalan raya ni pun kira satu ujian dari Allah utk kita
kalau betul kita ni muslim yang cintakan akhirat
adakah kita perlu untuk rasa marah yang teramat
bila Allah tarik sekejap nikmat di dunia?

fikir2 kan sejenak
sampai disitu sahaja coretan saya pada kali ini
diharap semua pembaca dapat jadikan teladan daripada apa yang berlaku
selamat berpuasa :)

~END OF TODAY: puasa bukan hanya pada perut ~

Friday, 11 July 2014

~Korupsi Killing Nation On Sale! ~

assalamualaikum
harini saje la aku nak promote produk terbaru Viel Apparel
tshirt Korupsi Killing Nation
ni description tshirt ni

size: XS, S, M, L, XL
material: 100% cotton 240gsm
colour: black-red
harga: MYR 40 + MYR 5 (postage)

okay mana nak dapat baju ni?
ha, korang boleh kontek mana mana number ni
014 5459 803
017 430 8365

stiap pembelian akan dapat free sticker pack
dalam sticker pack ada 5 pieces stiker

so nak jadi citer,
aku pun buat la photoshoot simple2 untuk baju ni
tu yang duk promot tu, hehe




so apa tunggu lagi?
ha btw,
for more info
boleh la follow instagram kami
Viel Apparel
cari je
follow then keep update dengan kami :)
okay tu je kot
i dah nak tidur
so, 
chalebeteh
guudnite

~END OF TODAY: thanks for the sticky :) love it ~

Sunday, 29 June 2014

~Nikmat Berbuka Terasa Lebih Nikmat atau TIdak?~

assalamualaikum
pembaca setia
cak tum cak kita dah sampai ke bulan ramadhan bagi tahun ini
sekejap je kan
okay so macam always
bulan ramadhan ni dikira bulan bagi menahan segala jenis nafsu la
bukan hanya lapar dan dahaga
malah juga nafsu nak beli makanan banyak2 time nak berbuka
haa
ni masalah besar yang nampak kecik yang ingin saya ketengahkan dalam coretan kali ini

Sahabat,
pernahkan kita terfikir tentang sedare mare kita kat palestin tu?
yang ntah dapat berbuka ke tidak la
or 
teman teman di jalanan Kuala Lumpur yang tidak berumah tu
adakah mereka dapat kecapi nikmat berbuka puasa seperti apa yang kita rasa?

tentunya tidak
cuba lihat balik betapa banyak nya makanan yang berjaya dibazirkan oleh kita
pada setiap hari,
cuba kita bayangkan kalau kita kumpulkan seluruh malaysia ni
makanan yang dapat dibazirkan tu
agak agak nya berapa tinggi timbunan makanan tersebut?
berapa banyak keluarga boleh makan makanan yang dibazirkan tu?
tentu ramai bukan.

Sahabat,
orang yang memberi makanan kepada orang yang berpuasa ni besar pahalanya
nak nak kalau amalan tersebut dicicah sambal keikhlasan
tentu lemak berkrim pahala yang akan datang kelak

Jadi saya menyeru kepada pembaca semua
agar kita sama2 menjaga nafsu makan kita pada bulan yang mulia ini,
dan juga mengajak tuan dan puan agar kita bazirkan makanan kita
kepada mereka yang memerlukan
apa salahnya
nikmat hanya akan betambah nikmat tatkala kita berkongsi nikmat tersebut 
(ni baru ada kena mengena ngn tajuk)
bayangkan kita melihat mereka tersenyum sambil berkata terima kasih sambil mendoakan anda
tatkala anda menghulurkan sebungkus nasi lemak serta secawan kopi pada mereka sebelum berbuka
AHHHH
nikmat sungguh moment tersebut

atleast 
kalau kita tak de bajet nak kongsi makanan ngn depa
juz satu je
jangan la kongsi makanan tu dengan tong sampah
(or i mean jangan la membazir)
pasai membazir ni kan akhlak sedare setan
even setan dah kena gari,
sedara dia masih ada tertinggal
hoho

so, apa lagi
takkan bace je, mari la sebarkan dan praktikkan dalam kehidupan kita
awal lagi ni baru hari kedua puasa :)
so boleh mulakan sekarang la , calobeteh
waallahualam


~END OF TODAY: makan banyak masa berbuka boleh menyebabkan susah untuk solat maghrib~

Thursday, 22 May 2014

~KUANTAN TRIP 2.0~

assalamualaikum
ni akau saja nak update sementara tak busy ni,
masa cuti sem lepas, 
cam biasa la, aku buat kuantan trip ngn member aku
this time yang stay kat rumah ska hanya aku ngn aiman je, 
so , chill je la,
firstly aku naik ngn fuad, hadi , sharul ngn sapa lagi aku tak ingat namanya
diorang pi kuantan pasai nak main liga pahang untuk polisas
so fuad bawak kete memang laju gilaaaa
kurang dari 2 jam dah sampai kuantan
so sampai sana, fuad ajak pi main snooker even aku tak reti,
so tengok aje la
diorang la main,
then pi makan kat mamak
okay yang ni lawak
ramai budak sini tak slalu makan mamak,
so bila dah mintak roti selai, pastu air tehtarik
kena dalam rm 5
semua tenganga
TERKEZUTTT
yela baru diorang tau mamak caj peluh dia mahal gilaaa
sampai balik ke rumah along diorang menyumpah mamak tu
hahahahaha
so citernye kami tidur la kat rumah along
even along pi tioman, tapi ada kawan dia kat umah
fuad pun ada kunci umah tu, so tarahal la
aku dah cuak da bila fuad cakap kita gamble jer tido memana malam ni
fuhh
okay so tido la
esok tu awal lepas solat subuh
kami pi ke polisas untuk training
tapi yang siotnya
imran ajak kami turun main untuk polisas
tapi pagi tu dia sendirik pun tak turun padang
macam stranger gila la kami
sek baik aku ada member kat polisas boleh la kenal skit
so lepas light training dalam 1 jam 1/2 
kami pun pi la balik umah n mandi mandu
then gerak ke semsas
sampai semsas kitorang pi makan dulu kat blakaang tunas manja
laici kang situ sedap gila
harga pun berpatutan la
tak la mahal sangat
then pi semsas tgok semsas sevens jap
kat sini aku jumpa ngn wafi, amil, poyo, izzul, n hadi
semua member yang lama tak jumpa laaa

kat padang polisas

hadi bawak budak smk bukit rangin


so pas tu aku pun cakap goodbye kat geng2 fuad,
then tinggal la aku ngn budak skola aku 
sementara tu tunggu ska sampai
aku terkilan la pasai budak skola aku tak pegi semsas sevens
dengan alasan ramai yang injured, n nak balik rumah
choi
dulu batch aku 
nak gila pegi tournament
ni diorang dah ada peluang bleh pulak tolak camtu je
haiyo
so pastu kami pun heading untuk lunch kat mcd
mcd kat indera mahkota,
naik kete ska
tapi before tu kami pi amek aiman kat terminal dulu
dah makan kami solat kat masjid besar kuantan
then kami heading to 
TEMPATAN FEST 4.0 
kat teluk cempedak
sir khairil tak tau mende apa tempatan fest tu benonye
hahaha
 so dia ikut je la
bahang nyaaa
gilaaa
ramai nak mampus yang pegi
kete memang penuh
tapi kami dapat jugak parking kete alhamdulillah
so sampai sana apa lagi
aku pun usha la baju yang lawa2 
untuk tambah pengalaman jugak la
kan nak run bisnes streetwear jugak kan hehehe
so tgok la pics banyak ni

poyo

kat dalam booth sapa tak ingat

pershusion oleh team mana tak tau



izzul

aiman izzul


kat booth legit


ngn ska skali

aku bli la selai pasai lama ngidam legit




aweks

konsert ala metal, gila bingit

then pastu kitorang balik n heading ke ecm
sir kha nak karaoke lagu
so masa tu kitorang amek sejam jela pasai izzul ngn yo tak solat asar lagi
so cam biasa la bila karoke ngn ska
mesti amek lagu anuar zain
tak tau pasai paa
then minum jap kat ecm , 
jumpa pula si kila ni


hairy

qila

pendek cite malam tu sir khairil blanja kami makan seafood kat ana ikan bakar
total bill rm 80++ 
thanks sir, hehehehe


then tido la umah sir
esok nya lepas makan sarapan ,
first pi kat semsas sevens skali lagi
nak usha sapa yang pi ke second round,
then lunch kat domino pizza, 
3 keping pizza large, 
achievement unlocked lagi
then pi kat UTC
sir kha cek loan mara untuk buat phd
then
kami gerak ke ecm tgok citer amazing spiderman pulak
then balik tu pi snggah kat pasar,
then beli makanan kat situ
3 orang makan sekor ayam
pergh achievement unlocked

kat umah ska


hadi aiman


ntah napa ntah


domino pizaaa

serious talk tentang kerjaya

kat pejabat mara kuantan

so esok nya kami balik selepas sarapan 
tu je la trip kali ni
best gila juz takde atong pok ngn wella
kalau ada lagi best kot
hope to see you guys lagi

~END OF  TODAY : selamat hari guru untuk Sir Khairil :) ~