assalamualaikum salam aidilfitri,
so untuk post harini special la aku tulis pada pagi 1 syawal ni,
untuk menyampaikan sedikit peringatan untuk kita bersama lah kiranya,
saudara,
besederhanalah,
pada pagi syawal ni selalu ada antara kita sifat riak dan membazir,
maklumlah dah sebulan puasa, makanan habis semua nak bantai,
dah gaya macam kebulur pulak,
pakaian raya, jangan lah kita tunjuk menunjuk,
kalau yang tengok tu yang tak mampu, apa nanti dia rasa,
besederhanalah, ingatlah pada mereka yang tidak mampu berhari raya macam kita ni,
saudara,
kurangkan bercakap, banyakkan memohon ampun,
kenapa kurangkan bercakap?
sebabnya, makin banyak kita bercakap, maka makin banyak jugalah kita melalakukan dosa ( selalunya )
mana taknya
kalau bercakap tak diselangi dengan buah buah mengumpat kan tak best,
kalau bercakap tak dihiasi dengan kata2 riak dan takbur kan tak seronok,
jadi kurangkan lah bercakap, dan perbanyakkanlah memohon ampun
sebab bila lagi korang nak bermaaf maafan kan? kalau bukan masa syawal ni,
biarlah orang nak cakap apa kat korang, yang penting dosa antara manusia berjaya dihapuskan,
saudara,
jaga pandangan,
mata kita ni masa syawal ni boleh jadi anggota yang paling banyak hilangkan pahala puasa kita,
yeke?
ha to those laki, kalau ada ternampak depa yang girls pakai seksi2 ke, pakai kebaya ke, freehair ke,
pandai2 la korang beralih mata tu, first nampak kira dimaafkan la,
kalau nak salahkan girls, ermm same je, salahkan la diri masing2 sebab diri kita ni atas tanggunjawab kita sendiri,
to mereka yang beraya ke rumah orang
jaga mata daripada memandang harta hak milik orang,
"Tu lawa langsir tu, beli kat Dubai ke?"
"wah cantiknya tong gas, beli kat mana?"
"amboi besarnya gelang, baru masuk bonus ke?"
haa, jaga sikit mata tu,
takyah nak tgok sangat barang tuan rumah tu,
betulkan niat korang bertamu tu,
ha jadi tu sahaja kot coretan aku pada kali ini,
apa apa pun, pada pagi yang mulia ini, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,
pada korang semua, yang kenal mahupun tak kenal diri ini,
pada sesapa yang penah jadi bahan bencian aku,
mulai syawal ni aku dah tak benci korang dah,
pada team Viel Apparel yang asyik selalu kena bebel dengan aku, aku mohon maaf atas segalanya,
moga pada bulan yang mulia ini, kita dapat membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian, hasad dan dengki,
taklupa kepada keluarga aku yang banyak menyokong, ampun maaf atas segala kesilapan yang berlaku,
kepada mak yang sedang membaca, anas sayang mak, hehe
semoga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang,
assalamualaikum :)
gambar hiasan |
~END OF TODAY: aku menangis tanda gembira~
No comments:
Post a Comment