Showing posts with label hiking. Show all posts
Showing posts with label hiking. Show all posts

Wednesday, 23 December 2015

~Hiking Bukit Kledang, Ipoh~


 assalamualaikum guys
orait harini aku dah habis semua test so aku sambung tulis satu lagi post muahahaha
aktiviti ni dalam 2 minggu yg lepas la
aku dan iqbal pegi naik bukit kledang
guna jalan hutan (trail) 
sini trail ade banyak, so pilih la mana satu pilihan hati korang
kami mengambil masa 2.30 jam untuk sampai ke puncak
aku ni yg tak cukup fit macam biasa la kena tinggal dgn iqbal haha
sini sangat la ramai orang yg joging
tapi depa tak joging sampai puncak
takat sampai ke pondok je pastu turun balik 
untuk pengetahuan tuan puan,
bukit kledang ni berketinggian 800m
jadi dalam perjalanan ke puncak tu korang dah boleh nampak awan kat kiri kanan korang
cakap pun boleh keluar wap air udah gaye duk london dah haha
so ni la gambonye ye, maaf la banyak selpi
maklum la ni blog aku kan hahahahaa


ni menara RTM 





epi , iqbal n anas encem

okay otw turun tu jumpa la brader epi ni 
dia dari hulu kinta je 
kitorang sembang2 pastu ajak turun ikut trail
dia pun on je 
kitorang turun la ber3
bila dah setel je dia ajak minum sekali
tiba time nak bayar bro epi ni dah payung dah
terima kasih sgt2 
moga murah rezeki abg
sy mampu payung gambo je haha
so sampai sini sahaja la post aku
nanti kalau aku rase bosan aku sambung eh 
chaaowww

~END OF TODAY: buat la aktiviti berfaedah di hujung minggu anda, jangan dipenuhi dengan tido shj!~

~Hiking Gunung Bujang Melaka~

hello guys
assalamualaikum
minggu ni sangat2 lah busy bagi student mechy
test penuh 
semua baraiiii
harini nak throwback je la aktiviti sebulan lepas
hiking ke Gunung Bujang Melaka
di Kampar
so trip kami bermula dgn menaiki moto ke Kampar dari UTP
ber 6 org dari UTP, sampai kampar campur lagi abg din
so sampai di kaki gunung pukul 7.30 lebih kurang, kami start daki
mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke puncak
kami sampai puncak dalam pukul 11
perjalanan agak mencabar jugak la
nak2 kami ni jarang naik gunung hahaha
sepanjang perjalanan ni alhamdulillah takde apa yg merbahaya 
cuma cerunan2 yg agak mencabar je la
so ni la gambar wa share skit naa



jumpa geng hikers yg camping kat kem lebah 

ni abg din




orait sampai dah 











orait perjalanan turun ambil masa 3 jam
kami sampai ke kaki gunung dalam pukul 3 lebih kurang
lepak kat puncak sampai pukul 12 je 
pastu kitorang mandi kat air terjun kat kaki gunung ni
sangat best! 
siap ade 2 ekor pacat follow turun dari puncak haha







air terjun sangat la jernih
dan ade kawasan yg sesuai untuk buat aksi terjunan olimpik
pasai kedalaman lebih dari 2 meter 


ni gambo bila dah nak balik huhu



so sampai disini la post kali ini
gambar semua diambil menggunakan iphone dan yi camera

~END OF TODAY: Ciptaan Allah itu begitu indah, kita hanya perlu cari je, jauh perjalanan luas pemikiran dan kehambaan kita kepada Nya~