assalamualaikum
kisah ni lagi la lama
aku baru nak update sini
busy oi takde masa nak type
so ni la aku tak ingat bulan 3 aku rase
kami ke Paka untuk buat sesi temubual bersama kakitangan2 terlibat
tentang impak syarikat minyak dan gas terhadap penduduk pantai timur
so kami tidur kat Homestay Orkid selama 3 hari 3 malam
siang tu kami laki ditugaskan amek gambar kat kawasan2 paka ni
so ptg tu kami makan jap kat Teluk Kalung
pastu lepak2 sembang ngn waiter tu, dia kasitau ade rumah api kat blakang kedai ni
dia suh kami naik kalau nak amek gambo smart2,
so tak fikir panjang apa lagi,
kami naik je la huhu
so ni la antara view nya
okay pastu dah puas amik gamba walaupun gayat,
kami turun pastu pegi KSB ( kemaman supply base )
kat sini pun amek skit gambo2 mana berkenaan dengan efek syarikat2 ni kat alam sekitar
kemudian kami teruskan perjalanan pulang ke homestay
tapi sebelum tu singgah jap beli lemang kat kedai cik ruby hewhew
okay esok nya pulak awal pagi lagi dah ke Kuala Terengganu
meeting kalini di buat di Duyung Marina Resort
resort yg sangat terkenal satu tika dahulu sebab jadi tempat untuk pertandingan Monsoon Cup
so kat sini meeting sampai la tengahari
pastu petang tu kami ke muzium KT
okay ni bawah ni gambar muzium dari luar
sangat2 la besar sampai ko bleh sesat huhu
tapi malangnya apa yg kami cari tak jumpa
kitorang kena cari info sejarah minyak di Tganu
tapi part minyak kat muzium ni ditutup pulak
so kena pegi next time , fuhhh
lepastu dah alang2 kat KT ni
kami teruskan ke Taman Tamadun Islam
saje la usha apa ada kan
pastu kami nek la cruise tu, walaupun agak mahal tiket dia
tapi okay la not bad , jalan pusing2 sungai, tengok masjid kristal huhu
masjid kristal
orait kemudian kami pun buat perjalanan pulang
dan2 lalu kawasan umah Nikmer
so kami pun singgah kejap jumpa dia
rindu gila , lama tak jumpa nikmer kan
pastu kami pun singgah kat kedai keropok lekor yg antara paling top kat sini
which is Keropok Lekor Kelulut 008
sangat paduuuuuu
kami borong banyak sebab ramai yg order
sampai kat homestay semula dalam pkul 11 malam
aku lepak ngn amir malam tu
rumah dia kan dekat2 sini je huhu
esok tu kami ade meeting di Qamar Paka, kemudian petang tu di Awana Kijal
tiba2 pagi tu aku dikejutkan dgn berita pemergian nenek aku ke rahmatullah
alfatihah
mak , kakak, along call suruh aku balik
aku pun fikir dulu sebelum balik
ye la sebab nak tau dulu kat mana tmpat nak kebumi
so ptg tu aku tak balik lagi,
ptg nya kami gerak ke Kuantan pulak
bermalam di Swiss Garden
orait, esoknya di swiss garden satu lagi meeting
dalam tengahari tu aku keluar pergi cari tiket balik ke ipoh
ade tiket malam pukul 11.30 pm
so malam tu aku pun makan dulu dinner yg dah disediakan dan dibayar oleh utp
rm 90 satu kepala, sape takmau makan rugiiii
aku try macam2 , tiram stim dan sebagainya hahaha
orait dah siap makan, atiq hantar aku ke terminal and balik la aku ke ipoh
sampai di seri iskandar pukul 9 pagi
along amek aku and kami gerak ke kampung
masa tu semua dah setel dah
aku tgok diorang dah bleh senyum2 dah
takde sedih2 dah .
lepak2 kat umah kat perak kejap , pastu petang tu aku bawak famili pegi jalan2 kat ipoh,
then lepas makan kat Kapitan, diorang hantar aku balik ke hostel.
so tu je la kalini ye
banyak ni aku type ni hahaha lenguh dah
sehingga ketemu lagi . bye.
~END OF TODAY: dilemma antara keluarga atau kerja mula dirasai pada saat ini~
No comments:
Post a Comment