Friday, 6 May 2016

~Bangkok Chobmaak~

assalamualaikum
ni saje la nak update skit pasai trip bp haritu ke Bangkok
trip kalini diketuai oleh Nissa dan di sertai oleh Aku, Ziq, Fawaz n Iman
so bermula dengan flight dari KLIA ke airport Dong Mueng
jam kat thailand ni lewat sejam, so sampai2 je kami ade baki sejam ahahahaha
okay so malas nak tulis sangat actually 
kome tgok je la gambar2 ni eh 
aku tak letak banyak gambar kat sini sebab malas haha
so enjoy.
btw kalau nak tengok video yg aku snap pakai Xiomi boleh tengok sini


ni teksi pertama kitorang naik 

dekat Hualamphong train station 

ini tuk tuk pertama kami naik huhu


di kedai tomyam first 

teramat padu tomyam dia 

pakcik hawker

ni jual pulut mangga diabetes



ni hotel backpacker kami tido 

sebelum naik train 

nissa communicate dgn orang kampung 


ni dekat temple first kami pegi



minum cha kat sini, mmg padu, harga pun murah 



temple ke 3 

brader pemandu kami , sgt frenly




ni scott garde, dari Miami

jalan ke chatucak


sangkaya kat sini sedap n murahh








ini bangkok dari golden mountain







train to hatyai



deborah henry from france 

so malas nak citer panjang, korang tengok je video tu,
setel . 

~END OF TODAY: the more you travel, the more you learn~ 

Thursday, 14 April 2016

~COSI Research at Terengganu~

assalamualaikum
kisah ni lagi la lama 
aku baru nak update sini 
busy oi takde masa nak type 
so ni la aku tak ingat bulan 3 aku rase 
kami ke Paka untuk buat sesi temubual bersama kakitangan2 terlibat 
tentang impak syarikat minyak dan gas terhadap penduduk pantai timur
so kami tidur kat Homestay Orkid selama 3 hari 3 malam 
siang tu kami laki ditugaskan amek gambar kat kawasan2 paka ni
so ptg tu kami makan jap kat Teluk Kalung
pastu lepak2 sembang ngn waiter tu, dia kasitau ade rumah api kat blakang kedai ni 
dia suh kami naik kalau nak amek gambo smart2,
so tak fikir panjang apa lagi, 
kami naik je la huhu
so ni la antara view nya














okay pastu dah puas amik gamba walaupun gayat, 
kami turun pastu pegi KSB ( kemaman supply base )
kat sini pun amek skit gambo2 mana berkenaan dengan efek syarikat2 ni kat alam sekitar 




kemudian kami teruskan perjalanan pulang ke homestay 
tapi sebelum tu singgah jap beli lemang kat kedai cik ruby hewhew



okay esok nya pulak awal pagi lagi dah ke Kuala Terengganu
meeting kalini di buat di Duyung Marina Resort
resort yg sangat terkenal satu tika dahulu sebab jadi tempat untuk pertandingan Monsoon Cup
so kat sini meeting sampai la tengahari
pastu petang tu kami ke muzium KT 











okay ni bawah ni gambar muzium dari luar
sangat2 la besar sampai ko bleh sesat huhu
tapi malangnya apa yg kami cari tak jumpa
kitorang kena cari info sejarah minyak di Tganu
tapi part minyak kat muzium ni ditutup pulak
so kena pegi next time , fuhhh


lepastu dah alang2 kat KT ni 
kami teruskan ke Taman Tamadun Islam
saje la usha apa ada kan
pastu kami nek la cruise tu, walaupun agak mahal tiket dia
tapi okay la not bad , jalan pusing2 sungai, tengok masjid kristal huhu




masjid kristal 




orait kemudian kami pun buat perjalanan pulang 
dan2 lalu kawasan umah Nikmer
so kami pun singgah kejap jumpa dia 
rindu gila , lama tak jumpa nikmer kan 
pastu kami pun singgah kat kedai keropok lekor yg antara paling top kat sini
which is Keropok Lekor Kelulut 008
sangat paduuuuuu
kami borong banyak sebab ramai yg order

sampai kat homestay semula dalam pkul 11 malam
aku lepak ngn amir malam tu
rumah dia kan dekat2 sini je huhu
esok tu kami ade meeting di Qamar Paka, kemudian petang tu di Awana Kijal

tiba2 pagi tu aku dikejutkan dgn berita pemergian nenek aku ke rahmatullah 
alfatihah
mak , kakak, along call suruh aku balik 
aku pun fikir dulu sebelum balik 
ye la sebab nak tau dulu kat mana tmpat nak kebumi
so ptg tu aku tak balik lagi, 
ptg nya kami gerak ke Kuantan pulak
bermalam di Swiss Garden

orait, esoknya di swiss garden satu lagi meeting
dalam tengahari tu aku keluar pergi cari tiket balik ke ipoh
ade tiket malam pukul 11.30 pm 
so malam tu aku pun makan dulu dinner yg dah disediakan dan dibayar oleh utp
rm 90 satu kepala, sape takmau makan rugiiii
aku try macam2 , tiram stim dan sebagainya hahaha
orait dah siap makan, atiq hantar aku ke terminal and balik la aku ke ipoh
sampai di seri iskandar pukul 9 pagi 
along amek aku and kami gerak ke kampung
masa tu semua dah setel dah 
aku tgok diorang dah bleh senyum2 dah 
takde sedih2 dah .
lepak2 kat umah kat perak kejap , pastu petang tu aku bawak famili pegi jalan2 kat ipoh,
then lepas makan kat Kapitan, diorang hantar aku balik ke hostel.

so tu je la kalini ye
banyak ni aku type ni hahaha lenguh dah 
sehingga ketemu lagi . bye.

~END OF TODAY: dilemma antara keluarga atau kerja mula dirasai pada saat ini~