Thursday 5 March 2015

~SHORT TRIP TO MALACCA~

Assalamualaikum
hi readers,
lepas trip ke johor aritu,
selang beberapa minggu ayah aku ajak ke melaka pulak
pasainya along balik umah masa tu 
so nak ajak along berjalan jugak la 
tapi aku cuti sehari je 
so, macam biasa, buat short trip lagi la
apa lagi malam tu aku pun ready la draft siap2 ke mana nak pegi esok

perjalanan kami bermula dalam pukul 8 pagi la aku boleh kata,
kami sampai ke melaka dalam pukul 10.30 am
firstly kami ke Jonker Walk
jonker walk ni lebih kurang chinatown la
kawasan keliling ni ada nampak binaan tempatan orang cina
dan sini tempat jualnya barangan antik
tapi malangnya esok tu nak raya cina 
so tak banyak la kedai yang bukak












kemudian dari jonker walk, kami berjalan sampai la ke stadhyus (betuike ejaan ni?)
okay kat sini aku jumpa spot makanan yg first
so kami kire sarapan sini la 
Cendol Jam Tinggi
sini yang sedapnya bagi aku cendol durian dia la
fuuhh bes




kemudian aku ngn mak naik A Famosa,
mak kata lama tak tengok A Famosa tu so aku pun naik la berdua dgn mak,
along ngn anis duk ngn abah kat bawah



sementara kami turun tu
anis ngn along pegi amek kete nak bawak ke parking A Famosa ni 
so aku ngn mak jejalan la kat bawah ni along the riverside




kat sini ada satu gerai tu jual air kelapa gula melaka
sedap juga lah diminum tengah panas ni kan 

kemudian kami ke food court berdekatan ni 
depan dengan muzium yang dalam kapal besar tu 
kat Melaka ni special dgn masakan asam pedas
so aku pun tak terkecuali la merasa kesedapan asam pedas tu
tapi apakan daya aku ni suka makan nasi kandar lagi
,macam kat penang, so aku main campur2 kuah
sampai hilang rasa asam pedas tu hehehe :D

okay next stop
sebab along tak penah naik menara tamingsari ni
so abah pun ajak la naik menara ni 
last time aku naik masa rombongan sekolah masa form 3 dulu hahaha
masa tu ramai sangat nak naik menara ni
sekarang dah kurang tapi still jadi tarikan pelancong 






okay dari sini kami kemudian berjalan sampai ke Dataran Pahlawan
dataran pahlawan ni tempat shoping yang agak grand jugalah
berdekatan jugak dengan Mahkota Parade 






kemudian kami teruskan perjalanan
dataran pahlawan ni dekat je dgn A Famosa
so kami naik balik la A Famosa ni pasai nak pegi kete kan
tapi kami naik dari jalan masuk satu lagi so dapat view berbeza la

















okay kemudian naik kete balik,
kami heading ke Masjid Selat
masjid terapung kat melaka ni 
view masjid ni agak cantik juga lah 


next, kami bergerak ke Klebang
nak tengok muzium kapal selam
maklumla tak penah masuk kapal selam kan, so ni jela peluang yang ada




then kami nak lepak kat Pantai Klebang ni kejap,
pasai pantai ni orang kata unik
bukan apa, 
sini ada bustel (bus + hotel)
dan juga bus yang diubahsuai jadi gerai





try jugak la ais krem pasu ni, tapi bagi aku la, takde la sedap pun 
sama je juz ada daun pudina situ









then sebelum balik ke Ayer Tawar
kami siggah di gerai Coconut Shake Klebang Original
ermmm beratur lama nak beli 
pasai ramai sangat orang
tapi honestly bagi aku la
takde la sedap mana se special nama pun
abah buat pun sedap jugak

then kami bergerak heading ke Ayer Tawar, sini kami singgah di Mydin Hypermarket
mak abah beli barang skit
aku beli buku nak baca 
then kami pun teruskan perjalanan ke rumah 

alhamdulillah sampai dalam pukul 11 malam ke rumah
so tamatlah short trip untuk hari ini
Melaka ni kami dah banyak kali pergi,
so trip kali ni kami ke tempat yang memang kami tak penah pergi la 
alhamdulillah best jugak la sebab pergi dengan family kan 
bukan selalu spend time macam ni 
cuma family kakak je la takde

so sampai sini sahaja coretan kali ini
sehingga bertemu lagi :)

~END OF TODAY: Melaka ni asal usul tanah melayu~