Friday 28 March 2014

~Aku, Kunci dan Jamban~

assalamualaikum and salam sejahtera :)
dah lama dan hampir 3 bulan la untuk lebih tepat, 
tempoh masa aku tak update blog, 
sorry la , bukan sebab apa,
busy sikit,
banyak mende yang cuba di siapkan sampai lupa pulak hobi aku ni,
sejarah blogging ni bermula di upm dulu,
aku memang teringin nak ada blog pun
and kawan2 aku semua support aku untuk tulis blog,
so apalagi, terhasil la blog yang korang sedang baca ni,

berkaitan dengan tajuk,
aku, kunci dan jamban,
ni sebenarnya salah satu peristiwa yang sangat menyedihkan bagi aku
to be exact, ni adalah ujian yang Allah turunkan untuk aku 
yela, Allah kan nak uji hambanya yang beriman dengan menurunkan ujian yang pasti dapat dipikul,
kisahnya berlaku lebih kurang sebulan lepas,
aku selalu pegi tandas dengan hanya pakai tuala dan bawa kunci bilik bersama,
and bila aku kat jamban, aku sangkut kunci tu dekat pemengang paip tu,

nak jadikan cerita, 
hari ni, aku ulang je la habit tu macam biasa
tiba tiba, lepas aku membuang segala isi perut tengahari tadi,
aku pun pakai la tuala, aku tarik tuala yang aku sangkut kat pintu tu, 
dan ZASSSS
tuala tu terlangkar penyangkut paip tu, dan BLUPP
ada bunyi sumtin jatuh ke dalam lubang jamban dengan sangat cepat,
aku pun buat biasa la,
tiba masa aku nak amik kunci, 
baru aku perasan yang kunci aku tadi dah jatuh kat dalam jamban
aku dengan tersenyum nye, keluar jamban dan otakku ligat berfikir mcam mana nak bukak pintu
tapi nasib aku selamat, pasai roomate aku ada kunci juga,
so aku pun tunggu jela dia balik bilik dan aku pun buka pintu tersebut,

lepas 20 minit macam tu, aku dah dapat masuk bilik,
and aku pun pinajam la kunci dia kejap nak duplicate balik di kedai kunci,
so aku gerak la ke seri iskandar,
dipendekkan cerita, kunci tu dapat di duplicate and aku dapat la masuk bilik macam biasa,

then, tiba2 perut aku memulas lagi,
aku pun capai tuala dan kunci meluru masuk ke jamban,
FLUSHHHHHHHH
air flush jatuh membersihkan mangkuk jamban yang comel, 
aku pun dengan gerakan habitual aku,
menarik tuala dan once again ZASSSSSSS
BLUPPPPP
muka aku merah padam,
sesekali aku tepuk dahi, macamana boleh sekali lagi masuk dalam jamban 
dalam masa kurang sehari :(

this time susah sikit, pasai roomate aku punya kunci ada dalam bilik
ini bermakna aku terkunci 
so, untuk menyelesaikan masalah ni
aku pergi la dulu ke bilik firm
kat sana aku cerita masalah aku
and aku mintak tolong dia berikan beberapa idea untuk selesaikan masalah

firstly, aku pegi dekat pejabat RCSU, mengharapkan ada orang yang bertugas
tapi malangnya, kejadian tu pada hari ahad, so takde orang la dekat pejabat tu,
hanya ada number telefon kecemasan je,
so aku pun amik la number telefon tu
and aku takboleh nak call, pasai phone aku pun kat dalam bilik, terkunci,
so, aku pun mintak pinjam kredit firm, call pakai fon dia,
aku pun call la orang pejabat tu,
pastu cerita kan masalah ni,
then dia suruh kol en,shahrul, dia kasi number telefon
then aku kol en,shahrul , dia suruh kau kol en.khairul pulak, tapi number tak bagi, 
so terpaksa la cari number telefon dia kejap,
tup tap 
aku jumpa kat cafe, 
then call en. khairul,
rupanya en.khairul takde kat utp,
 then dia suruh kol balik en,shahrul,
or cari sesapa budak RCSU, mintak tolong amek kunci pejabat
aku dah macam, 
haih, call sana sini, last2 tak sudah masalah ni,

firm pun kemudian tolong aku dengan cara post kan masalah ni dekat page fb RCSU
then alhamdulillah ada yang baik hati menyahut,
aku pun kasi tau details aku and dia suruh tunggu kejap
taklama dalam 30 minit aku tunggu, dia suruh datang ke pejabat amek kunci,
so aku pun pegi la
end of story dapat la bkak balik pintu
lepas 3 jam bertuala di bilik firm :'(

then sambung part 2,
okay this time, aku pegi la ke kedai kunci tadi semula
nak duplicate balik, sambil tu aku sematkan kat diri aku, jangan ulangi silap yang sama,
lepas duplicate, aku sampai kat pintu bilik and try,
KRURPP
tak boleh bukak
kunci tu tersekat,
aku pun pelik, tadi okay pulak
then aku pegi balik ke kedai tu, untuk kali ke 3 hari ini,
aku pegi and mintak dia repair,
lepas tu aku test kat pintu,
sekat lagi
aku semakin resah,
susah kalau macam ni,
tadi dah satu ujian 
ni satu ujian lain datang
aku pun pegi balik ke kedai kunci tu untuk kali ke 4, 
aku lepas tu tak balik lagi,
aku pegi ke lagi 2 kedai kunci,
so kesemua ada 3 kunci duplicate kat aku
aku try test
semua 3 kunci tak berkesan,
sangat menyedihkan,
aku dah penat dah untuk pusing ke seri iskandar untuk kali ke 5,
aku pun redha la dlu,
 cakap kat roomate aku, kita letak kunci ni kat tempat rahsia, which is pili bomba 
so, malam tu pulak, aku saja la nak gurau ngn roomate aku
aku letak la kunci tu kat celah besi pemengang wayar kat depan bilik aku
tiba tiba, kunci tu stuck kat situ
pergh
 aku tergamam kejap
ni dah la satu satu kunci yang kita ada
kalau kunci ni tak boleh nak keluar, 
habis la kitorang,
so nak taknak kitorang kena bukak juga mende alahtu,
so dengan segala usaha dan daya penuntut asasi kejuruteraan,
lepas 45 min, kami bukak bekas tu balik and berjaya amek kunci tu,

selama sebulan, kami pakai satu kunci dan letak di tempat rahsia,
alhamdulillah setakat ni takde orang tahu pun kunci bilik kami ada kat situ,
segalanya selamat, even kadang2 roomate aku terbawak kunci sekali dgn dia 
bila dia nak keluar, so terpaksa la tunggu dulu dia nak balik dekat bilik orang

nak jadi cerita,
one day, aku balik ke temerloh, 
kakak aku kawin,
so sampai je kat utp ahad tu,
aku nak amek kunci, then
kunci dah takde,
aku bertenang,
call roomate aku
then dia cakap dengan nada serius,
"aku letak situ tadi, tak bawak pun"
haaaa
aku mula resah sekali lagi
kalau kunci tu masuk jamban takpe,
tapi ni kita tak tahu kunci tu dekat mana,
jangan kalau ada orang berniat jahat jumpa kunci tu, 
nanti habis barang kat bilik kami,
aku pun letak dlu barang aku kat bilik amet
pasai malam tu ada dinner batch,
nak tak nak malam ni memang aku tidur kat bilik orang
esok baru boleh settle kan masalah ni
so, 
esoknya aku ada kelas macam biasa,
pukul 10.15 am aku pegi pejabat 
nak pinjam kunci bilik aku 
then akak tu kata, 
"bilik 134?"
tadi rupanya rummate aku dah mintak dah
tapi en.shahrul tak bagi, 
pasai katanya kunci bilik aku tinggal satu ni je la
diorang mungkin nak duplicate dulu kot,
tapi aku cakap kat akak tu,
"kejap je kak, saya nak bukak pintu je, pastu saya pulangkan balik"
akak tu pun akur sahaja
 bagi kunci kat aku
aku pun dalam perjalanan ke bilik , ligat fikir macammana nak selesaikan masalah ni pulak,
then sampai kat bilik, 
aku dapat masuk la,
aku pun terus tukarkan kunci spare tu dengan kunci duplicate yang tak menjadi
then aku pulangkan kunci tu, tanpa rasa bersalah

so kiranya aku ada kunci la sekarang,
dalam pukul 1 tgahari,
aku ada kat bilik,
tiba tiba aku dengar bunyi orang sedang guna kunci nak buka bilik aku,
bukak pintu rupanya en.shahrul
rupanya dia dah duplicate dalam 3 kali dah kunci tu, tapi tak bileh jugak bukak,
so, aku kasi tau dia
"cuba duplicate kunci ni, mungkin boleh"
"kenapa pulak?"
"ni kunci ori bilik ni sebenarnya, tadi saya tukar kunci bilik tu dengan kunci yang tak boleh bukak"
aku sambung,
"saya ingat nak duplicate sendiri kunci ni ptg ni, so saya tukar la dulu"
en.shahrul terseyum, aku lega,
"okay la kalau macamtu, pastikan awak pergi duplicate petang ni , dan esok pulang kunci ori eh"

so, aku pun pergi la ke kedai duplicate yang aku dah jenguk 4 kali tu,
this time aku kasi tau balik kat dia hal yang sama,
dia setuju untuk duplicate lagi kunci tu, tanpa bayaran,
lepas tu aku pergi ke kedai duplicate yang lain , sambil membawa kunci dari kedai masing2 
maklumla sebelum ni semua kedai tak berjaya hasilkan kunci yang boleh bukak pintu bilik aku yang special tu,
tetiba aku balik, 
aku cucuk dlu tombol pintu bilik aku dengan kunci kedai pakcik yang first tu,
KRUPP KRAPP
boleh bukak,
ya Allah, alhamdulillah aku bersyukur,
akhirnya selepas sebulan lebih hidup tanpa kunci, 
akhirnya aku ada,
so, aku pun bagitau la kat roomate aku,
dia pula nak duplicate kunci tu , so aku suggest la kedai pakcik tu,
then dia balik je, terus kunci tu menjadi sekali lagi,
boleh bukak pintu, syukur kehadrat illahi,

esoknya kami pulangkan kunci original tu, 
en.shahrul tak mintak denda pun 
dia cakap takpe,
pasai kami duplicate sendiri kunci tu,
so sekaranng yang masih jadi misteri ialah,
kat mana kunci yang kami letak kat pili tu,
kami hanya mampu assume yang kunci tu roomate aku tertinggal dekat KL,
tu je ayat penyedap hati,

antara pengajaran kisah benar ni ialah:

1. sabar, orang beriman pasti diuji
2. jangan cari sahabat seperti bayang, hanya muncul tatkala kita di bawah mentari
3. buat kerja pastikan kita tak lepas tangan, kerja kita adalah amanah kita
4.jangan ulangi kesilapan yang sama
5.jujurlah dalam setiap perbatan
6. jangan mudah putus asa
7.berfikir dahulu sebelum bertindak, selesaikan masalah satu persatu

akhir sekali terima kasi saya ucapkan kat semua yang terlibat, most of all, my roomate, firm, en.shahrul, en.khairul, beberapa RCSU dan pakcik tukang kunci , tanpa anda semua, masalah mungkin tak berjaya diselesaikan, alhamdulillah .

~END OF TODAY: kunci syurga itu islam~